top of page
Writer's pictureCoach Fadzil

3 Tip Mengenai Wang


Pada 2019, saya hadiri kelas Grant Cardone di Sydney, Australia. Kata-katanya simple sahaja. Sejak kebelakangan ini kita tak banyak bercakap tentang wang sebab masing-masing mempunyai versi yang tersendiri mengenainya. Tetapi jika anda faham dan terima pandangan saya ini, anda akan memperoleh sudut pandang yang berbeza mengenai wang.




TIPS PERTAMA, wang itu tidak bernilai sehingga anda gunakan. Misalnya seandainya anda punyai simpanan tunai di bank, wang itu tidak bernilai sehingga anda gunakannya. Jika anda punyai RM10 di dalam poket, ia tidak bernilai sehingga anda membelanjakannya seperti membeli nasi lemak atau nasi ayam. Dahulu orang simpan duit di bawah tilam, di dalam tabung. Tetapi tahukah anda wang yang tersimpan itu tidak bernilai melainkan jika anda menggunakannya. Kalau kita simpan banyak wang seperti, RM1,000, RM2,000 simpanan sebulan, ia tidak betul kerana ia tak bernilai sehingga anda gunakannya. Wang yang kita ada pun ialah wang fiat(wang yang dikeluarkan oleh pemerintah tanpa disandarkan kepada komoditi, misalnya emas). Oleh itu, sesiapa yang menyimpan wang, sebenarnya dia dalam kerugian. Simpanan itu mungkin 5-6 tahun tetapi nilainya semakin merosot. Mengapa kita hendak buang wang itu walaupun jumlahnya kecil? Kita berdoa meminta ditambah rezeki pada setiap hari. Bila ALLAH swt memberi rezeki, mengapa kita buang wang itu?


TIP KEDUA, wang kita adalah wang orang lain. Macam mana tu? Wang anda itu bukannya kepunyaan anda. Ia berada di tangan kita hanya sementara. Ia hanya menanti masa dibelanjakan untuk membeli barangan mahupun perkhidmatan. Jadi, kenapa kita hendak berlama-lama menyimpan wang itu?

Kebanyakan orang silap kerana menyimpan banyak-banyak. Jika anda mempunyai RM100,000 apa yang anda akan buat dengan wang itu? Apa yang anda akan lakukan sekiranya anda mempunyai RM1 juta? Tentu ramai yang kata mereka hendak simpan wang itu supaya berasa selamat. Sedangkan wang tidak berguna sehingga digunakan. Sebab itulah wang itu sebenarnya bukan wang anda. Kalau kita beri sedekah, ia menjadi manfaat kepada kita. Jika kita membeli barangan, kita dapat benda. Tapi apakah kita hendak berbelanja sahaja? Kita kena faham dahulu bahawa wang itu hanya sementara di dalam akaun kita. Cuma, apa yang kita nak guna dengan wang itulah, yang lebih penting.


TIP KETIGA, gunakan wang lebihan (yang bukan digunakan untuk makan, pakai dan membayar bil), untuk mencipta pelbagai aliran pendapatan. Maknanya kita gunakan wang itu untuk melabur. Ia bukan untuk simpanan. Adalah tidak betul jika kita menyimpan wang sebagai pelan persaraan. Wang kita tidak akan bertambah jika kita menyimpannya. Letakkan wang itu dalam pelbagai bentuk pelaburan seperti perniagaan, membeli emas atau perak, tanah atau rumah. Saya tak cadangkan anda ambil apa-apa pinjaman untuk meningkatkan nilai aset. Kunci kepada peraturan ketiga ialah, apabila anda punyai lebihan wang, carilah jalan untuk melabur supaya ia mengalir dalam pelbagai bentuk. Tapi kita tak perlu mempunyai banyak simpanan. Sebab itu, kalau tanya saya berapakah yang saya ada dalam simpanan, jawab saya, saya punyai sedikit sangat simpanan. Sebabnya wang yang saya peroleh itu saya laburkan ke dalam pelbagai perniagaan. Kesimpulannya, tip pertama, wang itu tidak berguna melainkan ia digunakan. Kini sesiapa yang simpan wang di dalam deposit tetap tidak mendatangkan keuntungan kerana ia tidak dapat bertahan dengan kadar inflasi iaitu melebihi 20 %. Ini bermakna setiap tahun, wang anda yang bernilai RM1.00 merosot lebih kurang 30 sen. Cukup 4 tahun, nilainya seolah-olah telah luput. Tip kedua, wang itu bukannya wang anda kerana ia adalah wang transit dari dalam poket anda kepada poket orang lain seperti untuk membeli atau melabur. Tip ketiga, gunakan wang lebihan anda untuk mencipta pelbagai aliran pendapatan. Esok saya nak kongsi bagaimana kita hendak cipta pelbagai aliran pendapatan. Terima kasih.

12 views0 comments

Comments


bottom of page