top of page

YOU!

Writer's picture: Coach FadzilCoach Fadzil

Ada teman-teman sarankan saya letak tajuk ‘YOU’ sahaja untuk posting ini.

Semalam dan dalam beberapa minggu yang lalu saya belajar macam-macam secara online yang betul-betul ‘blow my mind.’ Rupa-rupanya kita ingat kita dah tahu banyak tapi sebenarnya banyak lagi yang kita tak tahu. Ilmu ini memang macam tu.


Cuma kita sebenarnya ada pelbagai alat di depan kita. Kita kena cari ilmunya sahaja. Semalam saya sertai satu kelas online dalam bahasa Inggeris selama dua jam secara percuma. Mula-mula saya terasa ‘ala… braggingnya mamat ni.’

Tapi selepas separuh kelas itu, saya berasa, ‘wow!’ Sebenarnya pendekatan, peralatan dan strategi pemasaran yang dia gunakan begitu banyak. Saya akan kongsikan apa yang saya pelajari itu secara sedikit-sedikit dengan you all.


KITA PUNYAI BANYAK PELUANG Katanya, kita punyai banyak sangat peluang. Tetapi 97 % peratus daripada kita tak tahu. Untuk semua usahawan… kita kena sedia sebelum pasaran dibuka kembali. Cuma saya dah banyak kali beritahu dan saya nak ingatkan lagi sekali… kita tak boleh berjaya sendirian. Katanya, setiap daripada kita mesti menjadi seorang influencer. Kalau kita tak jadi influencer, kita akan dipengaruhi. Katanya, kebanyakan orang tak suka buat video sebab tak suka tengok muka sendiri. Seperti juga saya, walaupun saya adalah seorang speaker, tapi bila saya buat live di media sosial, saya rasa kekok sangat. Semalam pun selepas kelas berakhir dan saya cuba merakam diri saya sendiri menggunakan teknik yang diberi, saya rasa tak selesa.



LATIH DIRI BUAT SESUATU YANG TAK SELESA Tapi inilah yang kita kena lakukan. Kita kena lakukan benda-benda yang kita tak selesa nak buat. Tentulah kita buat sesuatu yang tak langgar syariat, macam berjoget-joget atau bergoyang-goyang di media sosial. Agaknya sekadar nak goyang-goyang kepala, tak ada masalah, kot? Cuma katanya 97 % orang tak mahu lakukan itu kerana rasa tak selesa dan malu. Ia tak mudah sebab kita tak latih. Kalau hari-hari kita buat ia akan jadi biasa. Itu aje. Selepas ini saya cabar yang tengok live ini untuk buat live pulak! 97 % daripada orang hanya suka menonton tapi tak selesa nak buat live. Tapi mereka suka menonton video dan sebagainya. Kita perlu ingat, dalam media sosial, kita sebenarnya sedang bersosial. Kalau kita serius, memang orang tak minat. Media sosial harus dipersembahkan secara personal, tapi bukannya merapu. Kita yang baru nak mula ini berbeza dari mereka yang memang dah terkenal. Orang membeli dari orang yang mereka tahu, dari orang yang mereka suka. Tapi sebelum mereka membeli, mereka kena tahu kita dan sukakan kita, baharulah mereka akan yakin dan akan membeli dari kita. Jadi macam mana supaya orang kenal kita? Setiap hari kita kongsikan latarbelakang diri, agar orang kenal kita. Kemudian kita jadikan orang sukakan kita dengan berkongsi nilai. Saya baru belajar tentang HILDA. Yang saya tahu selama ini hanyalah AIDA, (Attention, Interest, Desire, Action).


STRATEGI PEMASARAN H-I-L-D-A


HILDA juga adalah satu strategi pemasaran. Yang cantiknya, kelas yang saya ikuti semalam menyarankan kita hanya guna telefon pintar; tak perlu guna jurufoto profesional. Banyak penyelidikan menunjukkan, bila video-video santai ini dibuat, ia lebih berkesan daripada yang menggunakan pendekatan formal. ‘H’ ialah ‘hook them in’ iaitu umpan mereka. Contohnya, kita katakan, ‘dalam video ini anda akan belajar 7 Perkara Tentang Wang’ atau ‘3 Teknik Memanah.’ ‘I’ pula ialah introduce atau perkenalkan diri. Kita perlu perkenalkan diri setiap kali kita buat live sebab mungkin ada orang yang pertama kali tengok video kita tak kenal siapa kita. ‘L’ ialah learn iaitu belajar. Dalam video ini kita memberi ilmu, pengetahuan dan nilai. Kalau tiada benda ini, orang tak akan ikut. ‘D’ pula adalah desire. Desire ialah ‘selling the magic pill,’ menjual pil ajaib. Berikan kata-kata meminta mereka membayangkan, bagaimana jika berlaku begitu dan begini. Di sini kita ajak mereka yang menonton video ini untuk membayangkan. ‘A’ ialah action. Ini yang selalu kita lupa. Kalau kita hendak menjual, jangan jual di video pertama. Video-video awal kita minta prospek PM kita, supaya kita boleh berikan tawaran yang percuma yang boleh terus digunakan dalam perniagaan. Kita beri prospek percuma tetapi dengan syarat mereka share posting kita terlebih dahulu. Kemudian kita akan beri 10 konten yang boleh meningkatkan perniagaan. Berikan tawaran sekiranya prospek share sekarang atau hubungi dengan mesej ‘Saya nak’ dan saya akan beri tiga bonus tiga peralatan yang boleh anda gunakan untuk buat video hanya melalui telefon. Apa yang saya nak katakan ialah, mereka nak jual program. Banyak juga yang komen sesetengah kelas tu merapu aje. Saya tak boleh komen kelas yang saya tak sertai. 20 tahun lalu, saya pernah hadiri kelas Irfan Khairi dan boleh buat laman web setelah tamat. Pada saya, okey.


MENGAPA KITA TAK BUAT LEPAS HADIR KURSUS?

Saya sendiri adalah seorang trainer. Tapi bagi kebanyakan orang, dia datang ke sesebuah program latihan walaupun dia dah tahu sesuatu hal itu. Bila dia diberitahu dari sesebuah perspektif yang berbeza, dia akan dapat semangat baharu. Kalau ia mengenai solat, istiqamah… kita kata kita tahu. Tapi apakah kita buat? Itulah dia ingat mengingat. Bila kita dalam suasana orang yang berjaya, pasti yang dia dah buat apa yang tok guru dia suruh iaitu bersolat, bersedekah, istiqamah dan semua yang kita dah tahu tapi kita tak buat. Itulah masalahnya. Bila kita masuk kelas awal, pengajar memberi motivasi kerana hendak masuk ke ruang fikir kita. Kalau kita tak masuk ke ruang fikir, kita tak akan dapat buat. Saya dah memberi kelas percuma tapi ramai yang tak buat. Bagi yang buat, ada yang datang dan kemudian buat bukan kerana ajaran saya tetapi kerana mereka ada usaha. Saya beri sedikit motivasi dan mereka buat terus. Bukan fasal saya tetapi dia yang buat. Tetapi ramai yang diberi tawaran percuma pun tak datang. Dah belajar tapi tak praktis. Kalau posting kita dok menganjing orang. Kalau kita suka mengutuk orang, itu tandanya kita sangat negatif dan tak layak untuk berjaya.





JANGAN BANYAK FIKIR NEGATIF TENTANG HIDUP


Itu pandangan saya. Kita jangan banyak sangat tidak setuju dengan kehidupan. Kalau kita banyak tidak setuju, kita orang yang negatif. Kalau begitu kita akan tarik banyak yang negatif dalam hidup kita. ALLAH kata, kita adalah seperti sangkaan hambaku. Apa yang saya nak sampaikan hari ini ialah, kita akan hadapi masa depan yang amat mencabar dalam masa tiga bulan akan datang. Sebab, semua dana syarikat dah jadi nyawa-nyawa ikan. Siapa nak keluh kesah jangan pergi ke Facebook. Pergi kepada ALLAH. Baca al-Quran, keluar tiga hari untuk betulkan iman. Kita keluh kesah kerana iman kita rendah. Bukannya kita teruk. Bila iman kita rendah, kita kurang yakin kepada ALLAH dan kita cari manusia lain untuk selesaikan masalah. Kita kutuk orang itu dan banyak rasa tidak setuju. Jangan banyak sangat tidak setuju dengan kehidupan. Kalau kita banyak sangat tak setuju dengan kehidupan, sebab itulah kita tak gembira. Kita patut releks aje tak ada masalah. Kalau ada masalah, cakap dengan ALLAH. Tapi kalau kita tak tahu nak minta bantuan, boleh PM saya. Saya mungkin lambatlah jawab tapi insya-ALLAH. CAKAP SENDIRIAN SUPAYA TELINGA KITA DENGAR Self motivation ini penting dalam keadaan ini. Bercakaplah di media sosial… ‘Hari ini saya nak bagi semangat kat diri saya sendiri tapi nak tumpang-tumpangkan semangat saya kepada orang lain sebab saya nak cas motivasi.’ Walaupun tak ada orang dengar, ALLAH ada dengar. Dan telinga saya dan hati saya lebih dekat bila bercakap. Sebenarnya saya mendakwah diri saya. Sebab apa? Telinga saya dan hati saya lebih dekat dengan saya. Kalau saya buat macam berdakwah ke, kita semua patut taat pada ALLAH ikut cara Rasulullah. Kalau nak berjaya ikutlah jalan agama; jalan taat kepada ALLAH. Jalan kepada ALLAH ialah mengikut jalan Nabi. Kalau tak ikut jalan Nabi kita berada di jalan kesesatan. Tunggulah peluang yang saya akan tawarkan. Tentu saya akan buka kepada parents dan alumni terlebih dahulu. Selepas itu ialah kepada follower media sosial. Sesiapa yang belum follow saya di instagram boleh ikut saya di situ kerana saya akan post di sana.

JALAN YANG LURUS IALAH JALAN PINTAS

Saya akan pos sendiri tetapi kontennya power. Lepas itu share dengan yang lain. Anda akan dapat free tip, free shortcut. Saya suka shortcut sebab kita minta kepada ALLAH, Ihdinā al-Ṣirāṭ al-Mustaqīm ~ tunjuklah aku jalan yang lurus. Sebab apa jalan yang lurus? Jalan lurus ialah jalan yang pendek. Jalan apa? Sirathalladzina an’amta ‘alaihim; iaitu jalan-jalan orang yang telah engkau beri nikmat. Jalan kalau saya share pun saya share tips yang shortcut. Bagaimana pun, bila nak ambil shortcut itu, kita kena berusaha dengan memberi, memberi, memberi dan kemudian baharulah meminta dengan berdoa. Semoga bermanfaat. Kalau berminat, share dan PM saya ‘I nak.’ Bila anda PM saya, you dah buat satu tindakan yang menjadikan you daripada target kepada prospek. Bila saya tahu berapa yang minat, saya dah ada data dan boleh berkomunikasi serta boleh beri anda nilai itu. Semoga bermanfaat. Jazakallah khair.


4 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


© Coach Fadzil

bottom of page