NOTA RINGKAS MENGENAI KEWANGAN

Dalam soal kewangan kesilapan ramai orang ialah mereka menganggap perkara yang paling penting ialah mempunyai pendapatan yang besar.
Sebenarnya pendapatan yang besar belum tentu boleh jamin anda:
1. Tidak terjebak dalam belenggu hutang.
2. Dapat bercuti secara konsisten setiap tahun.
3. Sedekah secara konsisten kepada orang yang memerlukan
4. Beri duit kepada ibubapa secara konsisten
5. Mampu untuk membeli rumah.
Kebanyakkan orang yang datang coaching dengan saya mempunyai masalah di atas, walaupun mereka bekerja sebagai pegawai bank.
Perkara yang ramai orang terlepas pandang ialah bagaimana untuk menguruskan kewangan dengan baik.
Sistem pengurusan yang baik bermakna kita tahu berapa pendapatan kita dan kita tahu bagaimana aliran tunai kita setiap bulan.
Di samping itu kita kena mempunyai pelbagai aliran sumber pendapatan. Zaman sekarang kita sangat-sangat tidak boleh bergantung kepada satu pendapatan. Cara paling mudah ialah dengan membuat pelaburan yang boleh menjanjikan pulangan yang tinggi.
Ingat, dalam soal kewangan proses pengurusan kewangan adalah lebih penting berbanding mempunyai pendapatan yang besar.
Semoga bermanfaat, sila #Sharekan dengan ahli keluarga dan kawan-kawan anda.
#CoachFadzil
Comments