top of page
Writer's pictureCoach Fadzil

Ibrah Dari Kematian

Kullu nafsin zaaiqatul maut coach. Setiap yang hidup pasti merasai mati. Kawan-kawan semua yang dikasihi, dicintai dan dimuliakan oleh ALLAH swt. Kita patut bersyukur kerana ALLAH masih pilih kita meneruskan kehidupan dalam perjuangan mendapat kasih sayang ALLAH. Berdoalah supaya bila kita mati, kita mati dalam keredaan ALLAH swt. Saya nak berkongsi dengan kawan-kawan semua tentang ibrah kematian atau pengajaran yang kita dapat dari kematian. Dalam masa kurang satu minggu, tiga kematian berlaku di depan mata saya. Yang pertama, kakak saya yang meninggal dunia, asbab jangkitan paru-paru. Kedua, jiran saya yang meninggal semalam, asbab barah. Dan malam tadi, masya-ALLAH, Dia ambil seorang lagi dari kalangan keluarga iaitu abang ipar saya, Nasir. Abang Nasir dulu pernah berniaga sate di Melaka. Inilah abang yang saya ikut pusing satu Melaka jual sate di pasar malam di Melaka. Isteri arwah meninggal pada Jumaat lepas. Beliau pula meninggal malam tadi.


TIDAK SAKIT PUN BOLEH MENINGGAL Kalau dua di antara mereka yang meninggal kerana penyakit jangkitan dan barah… abang ipar saya walaupun dah lama menghidap stroke, arwah bukan dalam keadaan yang kita sangka yang dia akan pergi. Arwah sihat sahaja. Dia hanya tersedak air, batuk dan terus meninggal dunia. Benarlah kata-kata ALLAH, semua yang bernyawa akan merasai mati. Pasti, pasti dan pasti akan mati. Kalau diukur dari segi umur, saya ada lagi kakak yang lebih tua. Nak kata sakit; ada yang tak sakit pun boleh meninggal. Dan tiada seorang pun di kalangan mereka bertiga menghidap Covid-19. Jadi, kita ini makhluk yang tiada upaya. Hidup dan mati kita hanya bergantung kepada ALLAH swt. Kalau ada pengajaran, banyaklah saya belajar dengan kematian-kematian ini. Jiran saya, sebab dia tinggal di depan rumah saya, walaupun bukannya rapat tetapi kami kenal sebagai jiran. Usianya muda lagi. Kini kuburnya di sebelah kubur abang ipar saya. Jadi ini adalah peringatan kepada saya dan kawan-kawan semua. Bila berlaku sesuatu musibah ini, ALLAH beri peluang kepada kita… jika kita ambil ibrahnya, insya-ALLAH beruntung kepada kita.


HAYAT KITA DI DUNIA HANYA SEDETIK SAHAJA

Tadi masa saya angkat jenazah abang ipar saya, saya nampak wajahnya macam senyum. Kucingnya pun duduk dekat dengannya. Masya-ALLAH. Tadi saya dapat peluang mandikan jenazah dengan mudah, senang dan lembut. Alhamdulilah. Masa mereka dah sampai. Kita tak tahu bila masa kita. Kita berjuang di dunia yang sedetik atau setitik jika nak dibandingkan mengikut tempoh kehidupan yang sebenar. Kalau ikut congakan bilangan tahun dunia dengan masa akhirat; tempoh masa kita di dunia ini lebih kurang sejam setengah sahaja masa akhirat.

ANAK-ANAK TIDAK DAPAT URUSKAN AYAH

Anak-anak abang saya diuji kerana ketiga-tiga mereka tak dapat hadir di pengkebumian. Anak-anak abang saya memang bersedia. Tapi ALLAH pilih mereka semua terkena jangkitan Covid-19. Semua mereka dalam kuarantin. Anak saudara saya yang bongsu sekarang di Sungai Buloh. Doakan ALLAH berikan kesembuhan kepada beliau. Abangnya tak ada apa-apa di rumah. Adiknya pula kena kuarantin kerana kontak rapat. Masya-ALLAH. Inilah ujian yang cukup besar kepada anak-anak ini. Jadi saya nak pesan kepada ketiga-tiga anak saudara ini agar tidak berasa kecewa. Semua ini ALLAH pilih dan tentukan. Ibunya pergi pun tak susah. Arwah ayah lagi mudah.




BAGAIMANA ANAK DERHAKA BOLEH JADI ANAK SOLEH

Anak-anak abang saya diuji kerana ketiga-tiga mereka tak dapat hadir di pengkebumian. Anak-anak abang saya memang bersedia. Tapi ALLAH pilih mereka semua terkena jangkitan Covid-19.

Semua mereka dalam kuarantin. Anak saudara saya yang bongsu sekarang di Sungai Buloh. Doakan ALLAH berikan kesembuhan kepada beliau. Abangnya tak ada apa-apa di rumah. Adiknya pula kena kuarantin kerana kontak rapat.

Masya-ALLAH. Inilah ujian yang cukup besar kepada anak-anak ini. Jadi saya nak pesan kepada ketiga-tiga anak saudara ini agar tidak berasa kecewa. Semua ini ALLAH pilih dan tentukan. Ibunya pergi pun tak susah. Arwah ayah lagi mudah.



URUSKAN JENAZAH BANGKIT KEINSAFAN



Bila kita mandikan jenazah, ia mendatangkan satu perasaan dan peringatan bahawa masa kita akan tiba. Kepada sesiapa yang belajar dan biasa-biasakan dengan urusan jenazah ini. Saya ingat, selepas habis PKP insya-ALLAH nak buat kursus jenazah buat ayah dan anak.

Kalau perempuan, anak perempuan dan ibu. Saya dah bincang dengan bahagian khairat masjid dan mereka bersetuju. Biar kita berlatih supaya anak dan juga ayah sendiri dapat belajar dan memperoleh kesedaran.

Nabi saw sarankan agar kita ingatkan mati. Bila kita ingatkan mati, kita tak risau sangat dengan dunia ini. Dunia yang sepatutnyakita risaukan ialah dunia yang satu lagi yang pasti akan kita akan lalui.

Itulah dunia yang kekal abadi. Inilah yang kita nak bersedia dan mempersiapkan diri. Tiada siapa yang boleh kata mereka sudah siap sedia. Mungkin bila ALLAH pilih kita, kita masih lagi diberi kesempatan kehidupan ini, maka kita mohon kepada ALLAH swt diberi peluang mat dalam husnul khatimah.


PERLUNYA KITA SERTAI KHAIRAT KEMATIAN

Saya berborak dengan Haji Zul, orang yang infaq masanya untuk khairat kematian ini. Katanya, banyak orang kita tak masuk khairat walaupun hanya RM50 sahaja. Bila tak masuk khairat, banyak kes keluarga yang tak mampu bayar kos pengurusan. Kos pengurusan ini fardu kifayah. Tapi bila kira keluar bekerja, adalah orang yang menguruskan. Orang yang menguruskan pula bukannya seorang. Kos keseluruhan ambil jenazah hingga kebumi ialah RM1350. Kalau untuk keluarga yang tak banyak simpanan, RM1350 adalah satu jumlah yang besar. Jadi kita nak buat kempen untuk khairat kematian bagi pastikan semua saudara mara kita turut serta. Kita nak promote benda ini kerana memang banyak orang yang meninggal. Kalau tak daftar, masjid tak cover sebab ia ada tabungnya sendiri. Insya-ALLAH kita buat sama-sama untuk berikan kesedaran kepada kawan-kawan dan staf-staf kita bahawa setiap keluarga kena ambil khairat. Kalau berlaku apa-apa baru anak pula kena cari duit dan ini tak sepatutnya berlaku. Saya sekadar berkongsi mengenai tiga kematian dalam tempoh seminggu ini agar kita ambil pengajaran. Doakan agar ketiga-tiga arwah diampunkan, diterima amalnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang saleh dan jadikan kubur-kubur mereka sebagai taman-taman syurga. الله اغفر لهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم. Jazakallah khair.

112 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


bottom of page