top of page

Khas Untuk Ahli Quantum Metal

Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera!


Yang dikasihi rakan-rakan ahli Quantum Metal. Setelah lebih 1 tahun bersama dengan Quantum Metal saya mendapati ramai di kalangan kita masih tidak begitu memahami peluang yang kita perolehi melalui fasiliti yang disediakan oleh Quantum Metal.




Ramai yang terikut-ikut dengan bermula dengan ‘fahaman’ mereka boleh mendapat keuntungan segera melalui produk GAE yang ditawarkan oleh QM. Apabila mereka melihat mereka tidak boleh mendapat keuntungan segera, mereka mula berhenti menggunakan fasiliti yang ditawarkan QM malah ada juga merasa mereka tertipu kerana tidak berjaya mendapat keuntungan segera seperti yang dijangka.


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menerangkan secara terperinci apa yang wajib Anda semua tahu dan memperbetulkan pemahaman yang salah yang kebiasaannya dilakukan oleh Ahli QM.


Pertama sekali Anda harus memahami tentang ‘Duit Fiat’ yakni matawang dunia hari ini. Duit Fiat yang dicipta oleh kerajaan seluruh dunia adalah duit yang dicipta tanpa bersandarkan kepada apa-apa nilai. Ianya bermula pada tahun 1971 apabila Presiden Nixon (Presiden America) memutuskan sandaran US Dollar kepada GOLD yang mula menyaksikan penciptaan wang dicipta tanpa memerlukan ianya bersandar kepada apa-apa aset yang bernilai.


Ini menyebabkan nilai wang kertas ini hanyalah sementara sebelum ianya jatuh secara bersistem. RM 50 20 tahun yang lalu mempunyai kuasa beli yang jauh lebih tinggi dengan RM 50 yang sama sekarang.


Maknanya jika ANDA hanya menyimpan ‘Wang Tunai’, nilai Wang Tunai ANDA akan semakin berkurang ‘kuasa belinya’ pada masa yang akan datang.


Maka inilah sebab utama kenapa QM ditubuhkan. QM menawarkan peluang untuk kita ‘Preserve’ (Pengekalan) nilai aset tunai kita dan ‘Enhance’ (Mengembangkan) nilai aset tunai kita!


QM telah berjaya mencipta satu ekosistem dimana kita kini boleh menjadikan setiap wang kertas kita menjadi EMAS terlebih dahulu sebelum kita belanjakan! Inilah proses ‘Preserve’ yang boleh berlaku setiap masa, dimana sahaja kita berada!


Melalui produk GSA dan GCA kita boleh melakukan proses ‘Preserve’ aset tunai kita setiap bulan setiap kali kita mendapat pendapatan atau setiap kali kita berbelanja.


Contoh:


Dapat Gaji Bersih RM 1,000. Kita akan ‘Preserve’ RM 1,000 dengan menjadikan ianya EMAS terlebih dahulu sebelum berbelanja.


Maka nilai RM 1,000 itu telah kita sandarkan nilainya kepada EMAS yang kita miliki walaupun kita berbelanja sepenuhnya RM 850 yang kita dapat setelah kita melakukan GCA.



Mari kita kira:


Dapat RM 1,000 bersih


Beli EMAS GSA RM 1,000


Buat GCA @ 85% RM 850 (terima tunai & belanja)


Miliki EMAS 3.7037g

(RM 1,000 / RM 270 se gram)


Sasaran Nilai EMAS RM 540 se gram (berdasarkan purata kenaikan 10% setahun x 10 tahun)


Nilai Aset EMAS RM 2,000


GCA (RM 850)

Mgt Fees (RM 297.5) 3.5% x RM 850 x 10 tahun

Tunai Bersih RM 852.50


Ini BERMAKNA kita berjaya ‘Preserve’ RM 850 Tunai yang telah pun kita belanjakan!




PERINGATAN : Simulasi pengiraan ini adalah jangkaan nilai berdasarkan sejarah pergerakan Harga EMAS dan bukanlah jaminan kenaikkan Harga atau jaminan keuntungan. Setiap ahli haruslah membuat keputusan berdasarkan bimbingan perunding masing-masing.


QM juga mencipta produk yang membolehkan kita ‘Enhance’ (Mengembangkan) nilai aset tunai kita melalui produk GAE (Gold Asset Enhance) GAE 10 X dan GAE 5 X.


Melalui produk GAE kita boleh mengembangkan Aset Tunai kita dengan fasiliti pembelian EMAS yang lebih tinggi dengan menggunakan modal yang sedikit.


Contoh: Produk GAE 10 X untuk tempoh 24 bulan


Kos 1 unit = USD 250


Fasiliti QM = USD 2,250


Advance Fees = USD 78.75 (usd 2,250 x 3.5%)


Beli EMAS = USD 2,500


QM SELL = USD 58.65


Gram Gold = 42.6257 gram



Dengan Hanya USD 328.75 (USD 250 + USD 78.75) anda telah berjaya ‘Enhance’ Tunai ANDA untuk memiliki 42.6257 gram EMAS!


Apabila Harga EMAS meningkat 20% daripada Harga LME semasa membeli


Harga EMAS Baru = USD 68.27


Nilai EMAS = USD 2,910


Fasiliti QM = (USD 2,250)


Management Fees= USD157.50 (3.5% x 2,250 x 2 tahun)


Nilai Bersih = USD581.25


Untung Bersih. = USD 252.50


ROI = 76.80%


Walaupun ada ketika ANDA boleh mendapatkan keuntungan dalam tempoh yang lebih singkat untuk produk GAE, ANDA harus tahu tiada sesiapa yang boleh mengetahui pergerakan sebenar Harga EMAS.

Pastikan anda bersedia untuk menunggu lebih lama jika membuat sebarang pembelian EMAS.


Untuk produk GAE ataupun GCA, ANDA sebenarnya tidak akan hilang EMAS yang ANDA miliki jika ANDA terus mengamalkan asas disiplin pembelian EMAS menggunakan fasiliti QM.


Contoh:


Apabila keuntungan telah dicapai untuk produk GAE, Anda tidak menjual secara terus dan dapatkan Tunai semata-mata kerana ini akan mengakibatkan Anda kehilangan pemilikan EMAS dan hanya mendapat Tunai!


Untuk produk GAE, anda dicadangkan untuk Terminate GAE to GSA dan barulah perform GCA. Ini membolehkan ANDA meningkatkan Nilai Holding Inventory ANDA dan masih mendapat Tunai untuk kegunaan ANDA!


Aset Utama yang ANDA ingin kembangkan adalah Nilai Pemilikan di dalam ‘Holding Inventory’ di mana Pelan Sasaran Pemilikan EMAS anda haruslah dibina bagi menjamin ANDA mencapai tahap kewangan yang Anda impikan.


Dapatkan bimbingan untuk Membina Pelan Pelaburan EMAS strategik ANDA hari ini dengan menghubungi Perunding QM ANDA.


Untuk Agensi CFGOLD, Anda boleh mendapatkan bantuan di dalam Telegram Support Group CFGOLD dan ANDA boleh mendapatkan sesi One on One bagi membantu ANDA memiliki Pelan Pelaburan Strategik EMAS ANDA!


Semoga penulisan ini memberi manfaat.


Kerana masa itu EMAS!


Terima kasih atas ‘EMAS’ ANDA kerana membaca dengan tekun.



Saya dan Team CFGOLD dalam misi membantu 1,000,000 orang memulakan Pelan Strategik Pelaburan EMAS dengan mengupayakan mereka untuk ‘Preserve’ dan ‘Enhance’ Aset Tunai mereka demi masa depan mereka dan keluarga mereka.


Coach Fadzil

Merchant

Quantum Metal

#CoachFadzil #CFGOLD #QM #QuantumMetal


PS:

Tahukah ANDA Harga EMAS pada tahun

2002 = RM 39 se gram

2022 = RM 280 se gram

EMAS telah meningkat lebih 565% dalam tempoh 20 tahun!

Berapakah jangkaan Harga EMAS pada 2042 jika kenaikkannya sama dengan 20 tahun yang lalu ?

RM 1,582 Se Gram!


Jika ANDA memiliki 1 Kg, Nilainya RM 1.582 Juta

Jika ANDA memiliki 10 Kg, Nilainya RM 15.82 Juta

Jika ANDA memiliki 100 Kg, Nilainya RM 158.2 Juta

519 views0 comments