Masih Hebatkah Kita ?

Dulu… Kita Memang Hebat. Satu Dunia Tahu.


Kita pimpin empayar. Kita pegang ekonomi. Kita peneraju dalam ilmu.

Tapi hari ini, di manakah kita? Adakah kita masih hebat? Adakah kita masih memimpin? Adakah kita masih pegang ekonomi? Adakah ilmu kita mampu mengubah dunia? Jawapannya, tidak! Akibatnya, masyarakat dunia ramai yang masih merana! Manakan dapat implementasi sistem islam dalam ekonomi… pengagihan kekayan yang adil… hak pendidikan… dan budaya juga akhlak anak muda… bila mana majoriti Muslim tidak hebat? Biarpun pahit untuk ditelan, tetapi itulah hakikatnya. Kita bukan lagi nombor satu dalam serba-serbi. Ekonomi Kalah. Penguasaan Ilmu Saintifik Kalah Penguasaan Media Dunia Kalah Kuasa Ketenteraan Kalah Pengaruh Kalah Jadi, adakah kita hanya akan berdiam diri? Kita mesti bangkit… Kita mesti kembali hebat… Supaya dunia dapat ditakbir dengan ajaran dari al-Quran dan Rasulullah saw yang sebenar. AllahuAkbar! #MMGA

1 view0 comments

Recent Posts

See All