Mencapai Financial Freedom

Updated: Jul 4


Mengapa ANDA Perlu Mempunyai Pelan Perancangan Kewangan ?


‘Those who failed to plan, plan to fail!’

Mereka yang gagal merancang, seolah-olah merancang untuk gagal!

Inilah yang sering saya sampaikan apabila saya mula mempelajari ilmu asas percangan kewangan peribadi kira-kira 25 tahun yang lalu.


Hakikatnya hampir 97 % orang tidak mempunyai perancangan kewangan mereka sendiri. Ini adalah disebabkan tiada ilmu dan tidak didedahkan ilmu perancangan kewangan didalam mana-mana sistem pendidikan.


Saya akan cuba membantu ANDA memiliki Pelan Perancangan Kewangan ANDA hari ini!


Perkara pertama yang perlu ANDA ketahui sebelum memulakan Pelan Perancangan Kewangan ANDA adalah mengenal pasti kedudukan kewangan peribadi Anda sekarang.


Jika ANDA ingin pergi ke sesuatu tempat ANDA perlu mengetahui dimanakah ANDA berada sekarang. ANDA boleh mengukur jarak/masa dan mengenal pasti GPS koordinat ANDA sebelum memulakan perjalanan apabila ANDA sudah mengenal pasti lokasi yang ingin ANDA tuju.


Konsep yang sama perlu dalam membina pelan perancangan kewangan ANDA!


Mulakan 5 Langkah EMAS ANDA Hari ini!


Langkah Pertama

Kenal pasti berapakah Nilai Aset Bersih ANDA @ ‘Your Nett Asset Value’ (NAV)

Senaraikan dan jumlahkan nilai aset-aset yang Anda miliki (aset adalah sesuatu yang mempunyai nilai yang berharga jika dijual seperti wang tunai, emas, saham, rumah, tanah dan lain-lain)

Senaraikan juga liabiliti / tanggungan / hutang-hutang yang ANDA miliki seperti Pembiayaan Pendidikan,Peribadi,Rumah,EMAS,kredit kad,hutang dan lain-lain.


Jumlahkan Nilai Aset dan tolak nilai keseluruhan Liabiliti.


Contoh:

Senarai Aset

  1. Rumah RM 300,000

  2. EMAS 1kg RM 280,000

  3. Tunai RM 15,000

  4. KWSP RM 30,000

Jumlah Aset RM 625,000


Senarai Liabiliti

  1. Rumah RM 200,000

  2. EMAS 1 kg RM 238,000

  3. Kredit Kad RM 10,000

  4. PTPTN RM 30,000

Jumlah Liabiliti RM 478,000


Nilai Aset bersih = Nilai Aset - Nilai Liabiliti

(Nett Asset Value) = RM 625,000 - RM 478,000

NAV = RM 147,000


Tidak mengapa jika NAV Anda Negatif! Ini akan berlaku jika hutang melebihi aset!


Langkah Kedua

Kenal pasti berapakah Pendapatan Bersih Bulanan ANDA!

Kira jumlah Pendapatan Bulanan (Gaji, Komisyen, Untung Bisnes, Dividen) dan

Kira jumlah Perbelanjaan Bulanan (Ansuran Kereta, Rumah, PTPTN, Kredit Kad)


Jumlah Pendapatan - Jumlah Perbelanjaan = Pendapatan Bersih Bulanan ANDA


Langkah Ketiga

Kini ANDA sudah boleh membina Pelan Perancangan Keluarga ANDA!


Pejamkan mata dan bermula membayangkan apa yang ingin ANDA minta dengan ALLAH yang ANDA rasa akan membahagiakan diri ANDA dan Keluarga ANDA!


Senaraikan aset dan pendapatan bulanan yang ingin ANDA miliki.


ANDA harus yakin bahawa segala kekayaan adalah milik ALLAH dan hanya DIA lah yang boleh memberi, jadi mintalah Hanya Kepada ALLAH dan bersedia untuk berusaha!


Adalah penting dalam menetapkan sasaran yang ingin dicapai, kaedah ‘SMART GOAL’ sangatlah penting untuk memastikan pelan yang kita bina penuh dengan keyakinan inshaAllah akan berjaya!


‘SMART GOAL’ mestilah :

S - Specific - kita mestilah meletakkan sasaran Nilai yang Spesifik

M - Measurable - mestilah boleh diukur

A - Achievable - sasaran yang kita yakin boleh dicapai

R - Result Oriented - sasaran yang dipacu berdasarkan prestasi

T - Time Frame - sasaran yang mempunya tempoh waktu untuk dicapai


Contoh : PELAN PERANCANGAN KEWANGAN 30 TAHUN

  1. Rumah Banglo RM 5,000,000

  2. Rumah SEWA 10 pintu RM 5,000,000

  3. EMAS 100 kg RM 28,000,000

  4. Tanah untuk pertanian RM 1,000,000

  5. Rumah Kedai RM 3,000,000

  6. Saham RM 8,000,000

Jumlah Aset yang disasarkan RM 50,000,000

Jumlah Pendapatan Bersih Bulanan RM 100,000



Kini ANDA sudah memiliki sasaran Kewangan Peribadi ANDA!


Langkah Keempat

Kenal pasti strategi yang ingin ANDA gunakan untuk mencapai sasaran Kewangan ANDA!


Cadangan Strategi

  1. Bina Pelan ‘Multiple Stream of Income’ (MSI) atau Jenis Pendapatan Pelbagai (perniagaan sampingan, sewa, jual beli, dividen, servis dan lain-lain)

  2. Menyimpan EMAS secara bulanan

  3. Membina Pelan untuk melabur dalam hartanah (Rumah, Kedai, Tanah)

  4. Mula melabur dalam Saham Amanah (unit trust)

  5. Urus perbelanjaan secara bulanan

  6. Mulakan Pelan Takaful bagi melindungi kesihatan keluarga

  7. Bina dana kecemasan keluarga

  8. Bina Bajet kewangan keluarga bulanan


Sekarang ANDA sudah pun memiliki Strategi Kewangan!


Langkah Kelima

Bina Pelan Tindakan 90 Hari


InshaAllah kami bersedia untuk membantu ANDA membina pelan tindakan Kewangan ANDA mengikut kemampuan sedia ANDA.


Pelan Tindakan 90 Hari boleh dimulakan dengan Belajar menyimpan EMAS dengan menggunakan Pendapatan Bulanan ANDA Sekarang!


Kenapa Wajar Bermula Dengan EMAS ?


Ada 2 sifat EMAS yang kita ingin manfaatkan!


1. High Value Liquid Asset (Emas adalah Aset yang bernilai tinggi yang sangat mudah untuk dicairkan)


EMAS mudah dibeli dan dijual pada bila-bila masa dan tidak seperti aset-aset lain, nilainya kekal kerana sifat ‘limited supply’ dan boleh berubah fungsinya dengan mudah.


2. Guaranteed Financing


Inilah sifat yang tidak ada dalam aset yang lain. Kebanyakkan aset lain ANDA hanya boleh membeli/melabur dengan Wang Tunai 100% dan sukar untuk mendapatkan pembiayaan.


Khas untuk produk Emas yang kini kami usahakan, ANDA boleh mendapat ‘Pembiayaan untuk Membeli EMAS’!


Ini akan membantu Anda menukarkan Gaji Bulanan atau Belanja Operasi Syarikat (bagi Usahawan) menjadi aset EMAS anda sebelum berbelanja!


Jangan risau tentang tahap kewangan ANDA Sekarang!


Yang Penting ANDA ingin bermula dan sedia mengambil tindakan!



Anda boleh bermula dengan Hanya RM 10/50/100/150!


Kami Boleh Bimbing ANDA dengan Modal RM 150, ANDA boleh memiliki RM 1,000 Aset EMAS!


Daftar sekarang untuk dibantu! wa : 0193303849


Coach Fadzil

#CoachFadzil #CFGOLD #PersonalFinancialPlanning #FinancialFreedom #QuantumMetal


p/s: Penulisan ini hanyalah untuk membantu ANDA memahami asas Perancangan Kewangan Peribadi ANDA.





18 views0 comments