top of page

Persedian KemeleSetan Ekonomi Dunia

Jumaat 17 Jun 2022

Oleh: Coach Fadzil


Setelah hampir 3 tahun ekonomi dunia dilumpuhkan secara strategik, dunia kini sedang menuju ke arah KemeleSetan Ekonomi Dunia.


Setiap hari kita akan melihat lebih banyak perniagaan ditutup atau mengecilkan operasi mereka. Lebih ramai akan di buang kerja dan hilang punca pendapatan.


Nilai duit kita semakin melemah dan akan terus melemah. Ini akan mengakibatkan kos barang akan semakin meningkat. Jangan lupa hakikat kegagalan kita untuk menjadi negara pengeluar telah mengakibatkan kita menjadi negara pengguna! Kita terpaksa import bahan asas makanan kerana kita gagal menyediakan makanan kita sendiri. Malaysia mencatatkan jumlah import makanan bernilai RM 55 billion setahun!


Pakar-pakar ekonomi menasihatkan masyarakat untuk mula menyimpan wang simpanan dan mengurangkan perbelanjaan bagi mengekang kenaikkan harga barangan secara mendadak. Rakyat diajak untuk mula belajar mengikat perut bagi persediaan awal walaupun mereka juga mengatakan Duit kita akan semakin melemah nilainya!


Apa guna simpanan Tunai yang banyak jika kita hanya menyimpan untuk nilainya disusutkan ?


Berikut nasihat saya kepada Anda semua!


1. Mulakan Tindakan Membina Kekuatan Iman Keluarga ANDA SEKARANG!


Bertindak untuk membina keluarga yang Beriman, Beramal dan Berdakwah!


Iman sempurna akan mendatangkan kekuatan amal yang berpaksi kepada kerja Amar Ma’ruf, Nahi Mungkar dengan Berdakwah!


Iman sempurna akan berupaya mendapat perlindungan Allah sepenuhnya!


2. Mulakan Tindakan Menyimpan Emas SEKARANG!


Hanya simpanan EMAS yang mampu dimiliki oleh orang awam seperti kita! Belajarlah asas simpanan Emas agar benar-benar faham

Kenapa, Bagaimana dan Bila untuk mengambil tindakan yang betul.


3. Mulakan Tindakan Untuk Memiliki ‘Multiple Stream of Income’ Sekarang!


Anda harus berusaha untuk memiliki sekurang-kurangnya 10 jenis pendapatan agar tidak terlalu bergantung kepada 1 jenis pendapatan sahaja!


4. Mulakan Tindakan Untuk Membina Pelan Sekuriti Makanan Keluarga ANDA Sekarang!


Ini bukan masa untuk menunggu kerajaan atau orang lain. Anda wajib memiliki tanah yang boleh diusahakan makanan dan kehidupan asas bagi persediaan sebarang kemungkinan.


5. Mulakan Tindakan Untuk Keluar dari Sistem RIBA sekarang!

Riba adalah senjata yang menjerat manusia yang hanya menunggu

masa untuk dibunuh secara terancang.


6. Mulakan Tindakan Untuk Menjaga Tubuh Badan Anda Sekarang!

Balik kepada asas menjaga pemakanan dan kesihatan Anda harus

diutamakan kerana punca penyakit bermula dari perut!


7. Mulakan Tindakan Hidup Secara Berjamaah

Bina atau sertai Jamaah yang benar-benar ingin Taat Allah dan ikut

cara Nabi yang dibimbing oleh pemimpin yang benar-benar berusaha

untuk melaksanakan perintah Allah.


Jika Anda membaca dan melihat data-data ekonomi dunia dengan mata hati, ANDA akan BerTindak segera dan mula menyelamatkan diri Anda dan Keluarga ANDA!


Bertindaklah hari ini!

Semoga Allah membantu ANDA dan Keluarga untuk dipilih hidup dalam jalan yang diredhoi Allah!

Ya Allah, aku telah sampaikan peringatan kepada mereka yang ku Cintai!

Kau Bantulah kami!

Kau Pandulah kami!

Hanya Engkau Yang Berkuasa!

Kami Langsung tiada kuasa!


Aameen Ya Rabb!


Coach Fadzil

#KemeleSetanEkonomiDunia #CoachFadzil #CFGold



p/s: Jemput sertai usaha untuk hidup secara berjamaah yang ingin Taat Allah, ikut cara Nabi sambil dibimbing oleh Guru Mursyid. Click https://t.me/MadrasahMalakat






5 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page