RIBA – Senjata Penghambaan


Kita semua mengetahui tentang larangan keras Allah dan Rasul terhadap RIBA tetapi amat sedikit yang memahami betapa bahayanya RIBA! Kini hampir keseluruhan manusia di muka bumi ini terikat dengan sistem RIBA yang dipergunakan untuk menghambakan manusia tanpa mereka sedari.


Sistem matawang yang menggunakan prinsip ‘Fractional Reserve Banking System’ membolehkan Bank mewujudkan wang baru sebanyak 10 kali ganda daripada wang yang ada di dalam simpanan mereka. Contohnya jika kita menyimpan RM1,000 di dalam Bank, Bank kini boleh mengeluarkan RM10,000 untuk diberikan kepada orang lain melalui pinjaman. Bank mencipta wang melalui pemberian pinjaman. Pemberian pinjaman wang yang asalnya tidak ada diwujudkan bagi membolehkan Bank memberi keupayaan kepada individu atau syarikat membeli barangan yang mereka tidak mampu. Di satu segi ianya nampak baik kerana membantu mereka yang tidak mampu membeli secara tunai memiliki barangan yang mereka perlu. Tetapi pada masa yang sama mereka telah terjerat dengan RIBA yang dilarang tegas oleh ALLAH!. Oleh kerana jumlah pinjaman itu sangat besar, hampir keseluruhan hidup kita terpaksa digunakan untuk bekerja dan membayar hutang dengan RIBA yang akhirnya berjumlah berkali-kali ganda dari nilai asalnya.


Cuba kira berapakah bayaran bulanan yang ANDA bayar kepada Bank setiap bulan ? Berapakah peratusan bayaran kepada Bank berbanding pendapatan ANDA? Adakah ANDA bekerja untuk Bank atau untuk diri ANDA?

Ya! Saya sendiri seperti ANDA! Terikat dengan hutang RIBA! Saya teringat dengan arwah Abah dan Emak. Mereka tidak pernah berhutang dengan Bank. Mereka tidak kaya tetapi mereka tidak susah. Hidup mereka tenang. Tak perlu risau nak bayar Bank setiap bulan. Hanya bil api dan bil air.


Bayangkan hari ini kita tiada pinjaman Bank? Kalau tak mampu beli kereta boleh amik Grab! Kalau tak mampu beli rumah tunai boleh sewa pada harga yang jauh lebih rendah daripada membayar ansuran bulanan Bank. Kita boleh berpindah ke mana-mana yang kita mahu!

Yalah, mungkin kita tak nampak kaya tapi yang pasti kita tak miskin! Hari ini kita nampak kaya tetapi hakikat sebenarnya kita lebih miskin dari orang miskin!


Bila berlaku PKP, kita susah hati sebab hutang Bank tetap kena bayar! Kalau dapat moratorium pun RIBA masih kena bayar! Yang buat kita lagi susah hati Bala Allah turunkan tetapi kita masih terlibat dengan dosa RIBA yang sangat ALLAH benci!

Mereka yang mewujudkan sistem RIBA ini kini mengawal dan mengaut keuntungan seluruh dunia dengan mengerah 97% manusia di muka bumi bekerja untuk mereka! 3% golongan terkaya dunia menguasai kekayaan dunia melalui sistem RIBA yang mereka cipta dan gunakan.

Kita buat duit dengan usaha tetapi mereka hanya menunggu dan mengaut keuntungan atas susah payah kita. Bayangkan kita bekerja 8 jam sehari dan menyerahkan wang kita kepada Bank untuk disimpan. Bank menggunakan wang kita dan mewujudkan wang baharu untuk diberi secara pinjaman kepada kita balik dengan tambahan RIBA!

Tetapi orang biasa tidak akan dapat menggunakan wang Baharu ini! Hanya mereka yang tidak perlukan pinjaman akan diberikan pinjaman kerana mereka mampu membayar!


Sedarlah SaudaraKu semua! Ayuhlah kita berniat dan berazam untuk keluar dari sistem RIBA yang dibenci Allah dan Rasul! Niat PERCUMA SaudaraKU! Kami telah mulakan Projek NORIBA untuk membina tabung Sadaqah yang memberikan pinjaman tanpa RIBA untuk rakan-rakan yang memerlukan. Ya, memang masih jauh dan masih kecil usaha mengeluarkan kita semua daripada RIBA tetapi sekurang-kurangnya kita sudah mula bertindak. Allah pasti melihat usaha kita untuk kembali sepenuhnya kepadaNYA! Yakinlah walaupun dengan hanya menyumbang RM10 untuk usaha permulaan mengeluarkan diri kita daripada sistem RIBA, ianya pasti besar pada sisi ALLAH! Saya dan rakan-rakan menyasarkan pelan 10 tahun untuk kita semua Bebas RIBA! Ayuh bersama kami dan keluarkan diri kita dari penghambaan RIBA! Infaq hari ini di tabung NORIBA! Ke arah Bebas RIBA 2030! https://noriba.io/noriba-infaq/

Yang mencintai ANDA kerana ALLAH! Coach Fadzil #CoachFadzil #BebasRIBA2030 #NORIBA #MalakatECO

9 views0 comments

Recent Posts

See All