SAYA CINTA AWAK!
- Coach Fadzil
- Mar 1, 2022
- 5 min read
Saya nak kongsikan sebuah sabda Rasulullah saw yang membawa maksud, jika kita cinta pada seseorang, kita kenalah zahirkan pada orang itu. Jadi, saya nak cakap kepada semua yang saya kenal dan belum kenal saya, bahawa saya cintakan awak semua! Kenapa saya cinta awak? Kerana ALLAH. Cinta ini adalah satu benda yang banyak orang kata dia cinta, tetapi apa buktinya? Contohnya, bila saya kata saya cintakan awak semua, apa bukti saya cintakan awak?

MENCINTAI ITU WAJIB
Ini bukan isu emosi dan personal. Ini isu besar dalam agama. Nabi saw bersabda dalam satu hadis, ‘Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” (HR Bukhari)
Maksudnya, kita wajib mencintai satu sama lain. Saya wajib cintakan tuan dan puan. Tuan dan puan pula wajib cintakan saya dalam konteks Islam yang mana cinta inilah yang dipupuk Rasulullah saw.
Inilah yang ditarbiahkan Baginda saw pada peristiwa hijrah, 13 tahun selepas pemantapan akidah, dakwah dan tauhid yang menyatukan umat Islam yang masih kecil lagi jumlahnya pada waktu itu.

CINTA PERSAUDARAAN KAUM MUHAJIRIN DAN ANSAR
Atas rasa cinta itulah maka bila sampainya hijrah, kaum Ansar dan Muhajirin bersatu dan membuktikan cinta itu bukan sekadar kata-kata. Bukti cinta mereka ialah mereka serahkan apa sahaja yang mereka perlu serahkan. Saudara Ansar beri tanah, rumah, kebun, perniagaan dan lain-lain. Nak pinjam duit mereka beri duit, hendak bantuan duit pun mereka beri. Sampai begitu sekali cinta mereka. Kita pastinya tak sampai tahap itu.
CINTA KERANA ALLAH BUKAN SEKEJAP-SEKEJAP Bila kita tengok saudara kita di Palestin dan Gaza, kita mesti ada rasa cinta yang membuak-buak hingga rasa terpanggil untuk membuat satu tindakan yang boleh membantu mereka dan mengubah apa yang mereka lalui sekian tahun. Janganlah cinta kita sekejap ada, sekejap tak ada. Kalau Israel tak serang, cinta kita pun hilang. Sepatutnya walaupun Israel tak serang pun mereka masih berada dalam keadaan yang sukar. Pintu masuk sempadan mereka ditutup. Mereka tak dibenarkan keluar sesuka hati seolah-olah mereka duduk di dalam penjara yang terbesar di dunia. Di Malaysia sendiri, kita ada ramai lagi saudara seIslam kita yang hidup susah. Mereka hidup tak cukup makan. Nampak macam okey,tetapi sebenarnya tak okey. Okey bagi kita ialah apabila kita dapat mengamalkan agama yang sempurna dengan taat kepada ALLAH sepenuhnya dan meninggalkan larangan sepenuhnya dengan mengikuti dan meneladani serta berusaha sungguh-sungguh untuk amalkan sunnah Rasulullah saw. MENGAPA KITA PERLU CINTA MENCINTAI Ramai daripada saudara kita memang susah nak amalkan apa yang diseru Rasulullah saw. Nak buat sendirian memang susah. Jadi saya cinta awak bermaksud, saya benar-benar nak awak dapat amalkan agama yang sempurna. Saya pun belum dapat amal lagi. Baru je nak belajar-belajar. Baru aje nak meningkatkan kefahaman macamana nak memupuk kasih, cinta, berjuang dan bantu saudara kita atas usaha agama. Kita hendak masuk kategori insan-insan yang ALLAH sayangl Kita tak tahu tapi kita yakin yang ALLAH sayang kita 70 kali ganda seorang ibu sayang anaknya. Kalau ibu sayang baby, pastilah ALLAH sayang kita. Cuma kita tak tahu samada amal kita diterima atau tidak. Bila kita tak tahu, kita perlu berbuat baik sahaja dan ajak orang semua taat kepada ALLAH dan cinta kepada Nabi saw. Saya cinta awak dan kena dibuktikan dengan tindakan untuk menyelamatkan kita dan kawan-kawan kita semua samada yang kita kenal atau yang kita tak kenal khususnya kepada yang Islam. Macam kami yang nak keluar dari dosa riba yang besar ini… bayangkan bila kita berdosa besar tetapi tak buat apa-apa. Memanglah saya bercakap benda yang sama sahaja. Tetapi inilah hal yang selalu kita kena sebut banyak-banyak. ANTARA ILMU, AMAL DAN DAKWAH Tuan-tuan yang mulia. Kita nak pupuk cinta kita supaya kita dapat meneladani, mencontohi sepertimana para sahabat cinta sesama mereka. Kita sebut dan sebut lagi sampai kita dah habis iaitu tiada lagi di muka bumi ini. Orang beriman tidak berhenti berbuat kebajikan sampai mereka masuk Jannah. Kita ini nak buat kebaikan pagi, petang, siang, malam dengan ajak tasykil dan dakwah untuk taat kepada ALLAH. Jomlah cinta sesama kita. Buktikan cinta awak dengan tindakan mengajak dakwah, kita nak bina bangunan, kita nak bandar, ekosistem agama yang akan menjaga agama tuan dan puan serta keluarga kita. BERBUAT BAIK SEHINGGA NAFAS TERAKHIR Ku anfusakum wa ahlikum naaro; jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. Amal agama ini berkehendakkan kita belajar, amal dan dakwah. Kalau belajar dan amal, itu tak mencukupi bila kita berhenti dakwah. Bila kita tak berdakwah, inilah masalah besar kita. Kita akan lupa dan senang terjerumus. Semoga ALLAH swt kuatkan rasa cinta saya pada awak dan awak kepada saya. Agar cinta kita disatukan dengan satu kalimah iaitu kalimah Lailahailallah Muhamadurasullulah . Yang lain kita boleh berbeza. Tetapi pada kalimah, kita tidak boleh ada perbezaan. Pada benda yang qat’i iaitu yang jelas bahawa riba itu haram, maka kita tiada perbezaan. Pada benda-benda lain, kita boleh terima; tiada masalah. Tapi kita kena satukan kalimah ini dengan tindakan kita. Kita hendak bersatu dan bertindak saling menyatu dan saling bersama dalam tindakan terutamanya dalam usaha-usaha yang strategik seperti nak bina ekosistem ekonomi Islam yang berasaskan daripada akidah kita. ANTARA ILMU, AMAL DAN DAKWAH Ku anfusakum wa ahlikum naaro; jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. Amal agama ini berkehendakkan kita belajar, amal dan dakwah. Kalau belajar dan amal, itu tak mencukupi bila kita berhenti dakwah. Bila kita tak berdakwah, inilah masalah besar kita. Kita akan lupa dan senang terjerumus. Semoga ALLAH swt kuatkan rasa cinta saya pada awak dan awak kepada saya. Agar cinta kita disatukan dengan satu kalimah iaitu kalimah Lailahailallah Muhamadurasullulah . Yang lain kita boleh berbeza. Tetapi pada kalimah, kita tidak boleh ada perbezaan. Pada benda yang qat’i iaitu yang jelas bahawa riba itu haram, maka kita tiada perbezaan. Pada benda-benda lain, kita boleh terima; tiada masalah. Tapi kita kena satukan kalimah ini dengan tindakan kita. Kita hendak bersatu dan bertindak saling menyatu dan saling bersama dalam tindakan terutamanya dalam usaha-usaha yang strategik seperti nak bina ekosistem ekonomi Islam yang berasaskan daripada akidah kita. HATI YANG BERSATU RUNTUHKAN MUSUH Insya-ALLAH kita sama-sama jaga cinta kita dan buktikan cinta kita dengan tindakan. Semoga ALLAH swt marakkan lagi cinta kita dan beri kita jalan untuk bertindak di atas cinta kita. Insya-ALLAH, bila kita jaga cinta iman, amal dan dakwah, maka ALLAH akan datangkan kekuatan kepada kita kerana hati yang bersatu dapat membina kekuatan yang meruntuhkan kekuatan musuh-musuh kita. Musuh-musuh kita kuat sebab kita dah tak cinta sesama kita. Bila saudara kita kena bunuh, kita menangis sekejap sahaja dan kemudian tak buat apa-apa. Kami di peringkat Brainy Bunch menyasarkan nak bantu Al-Quds dengan memberi pendidikan secara percuma kepada anak-anak Gaza ini. Sebab itu kita bina sekolah kebajikan di Gaza. Tetapi kita tak berhenti di situ. Kalau boleh, kita nak buat macam-macam lagi program. Sebab itu kalau tuan puan belum ada lagi aktiviti begitu, jom bersatu dengan kita untuk membuktikan saya cinta awak, awak cinta saya demi ALLAH. Salam cinta dari saya. Kepada yang lain-lain, tolong sampaikan cinta saya. Semoga cinta ini menjadi asbab hidayah seluruh alam dan asbab ALLAH zahirkan cintanya kepada kita. Semoga ALLAH beri kita rahmat dan reda yang kita cari-cari insya-ALLAH.
Comentarios