Sesi Temuduga Terbuka SRIIBB
- Coach Fadzil
- Feb 16
- 1 min read

Sesi Temuduga Terbuka SRIIBB sedang berlangsung Sabtu lepas
Alhamdulillah, kami menerima kehadiran calon-calon pendidik yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pembinaan Sekolah Rendah Integrasi Islam Brainy Bunch bagi intake 2027.
Temuduga hari ini melibatkan jawatan:
• Guru Akademik
• Guru Pendidikan Islam
Kami mencari pendidik yang memahami bahawa sekolah rendah bukan sekadar tempat menyampaikan silibus, tetapi asas pembentukan adab, disiplin dan jati diri anak.
Terima kasih kepada semua calon yang hadir dan menunjukkan kesungguhan untuk bersama membina SRIIBB dari peringkat awal.
Kami akan mengadakan lagi sesi Temuduga Terbuka seperti ini pada masa akan datang. Sebarang tarikh dan makluman lanjut akan dikongsikan melalui media sosial rasmi kami.
Sementara itu, bagi yang berminat untuk bersama SRIIBB, anda boleh mendaftarkan minat terlebih dahulu di:
Membina sekolah yang kukuh bermula dengan membina pasukan yang tepat.









Comments