top of page
Writer's pictureCoach Fadzil

Temui Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia

CYBERJAYA – SEBUAH pertemuan di antara Coach Fadzil Hashim dan KSU Kementerian Pambangunan Usahawan & Koperasi, Dato’ Sri Mohammad Mentek telah diadakan di Putrajaya hari ini.


Pertemuan yang julung-julung kali diadakan itu adalah untuk membina pelbagai kerjasama dalam pelbagai bidang. Mengulas pertemuan itu di dalam FBnya, Coach Fadzil berkata, “Alhamdulillah, Malakat Mall dan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi akan bekerjasama dalam usaha untuk memperkasakan usahawan-usahawan terutamanya dari golongan B40.” Ujarnya lagi, “Objektif utama ialah untuk membina satu ekosistem ekonomi yang lebih berdaya tahan untuk memastikan kita mampu meningkatkan pegangan kita dalam sektor peruncitan.” Hadir bersama-sama Coach Fadzil adalah Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis PPIM dan Haji Aminuddin Yahaya, Pengerusi Pembela. Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Dr. Hajah Salmah Ishak, Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Encik Aishamuddin Zulkefli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional dan Encik Noor Azmi Mat Said, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malakat Mall berperanan sebagai epicenter untuk membina ekosistem ekonomi Islam. Sebagai sebuah pasaraya, ia memfokus kepada bidang peruncitan. KoPPIM sebagai koperasi yang mempunyai pelaburan strategik di dalam Malakat Mall pula mewakili golongan pengguna. Malakat Mall dan KoPPIM adalah rangkaian di dalam ekosistem hiliran. Dalam pada itu Malakat Mall turut membangun rangkaian dengan para pembekal dan pemborong Muslim yang mempunyai pertalian dengan pihak pengeluar dalam ekosistem huluannya.

3 views0 comments

Comments


bottom of page