top of page
Writer's pictureCoach Fadzil

TERCETUSNYA ILHAM MEMBUKA MALAKAT MALL

Idea Malakat Mall ini tercetus pada tahun 2019 ketika saya buat program Ayuh Bangkit. Program pertama bermula pada bulan Mac tahun lepas. Ada empat siri yang kita buat. Program Ayuh Bangkit adalah untuk mencetuskan bebangkitan ekonomi umat Islam. Sebabnya kita sedar sudah masuk 63 tahun kita merdeka, keadaan ekonomi umat Islam dari segi peratusan khususnya bukannya semakin baik tetapi sebaliknya.



Setelah program ini dibuat, saya buat program bimbingan percuma kepada usahawan, apa yang saya dapati di antara masalah usahawan ialah ketiadaan marketplace. Dalam sektor peruncitan, dari RM110 bilion nilai belanja peruncitan pada 2019, 60 % yang dapat manfaat ialah syarikat asing manakala kaum bumiputera hanya 8 % sementara bakinya 32 % untuk syarikat asing.


Kenapa kita ini sebagai pengguna paling besar tetapi kita memperoleh nilai terkecil? Yang belanja orang kita, tetapi yang membekalnya orang lain. Ketika saya membimbing para usahawan, saya dapati isu mereka bukannya kerana kurang ilmu perniagaan, sebab mereka juga banyak ilmu. Rupa-rupanya saya dapati mereka punyai masalah berniaga kerana mereka bertempur di pasaran yang sesak atau di crowded marketplace.

BENARKAH BISNES ONLINE ITU BISNES MASA DEPAN? Orang Melayu masih berniaga di pasar malam, pasar tani dan mungkin secara online. Sesetengah orang beranggapan bahawa perniagaan online itulah masa depan perniagaan. Banyak yang berasakan online itu dah cukup besar.


Bagaimana pun saya suka tengok kepada data. Data menunjukkan, dari RM110 bilion yang dibelanjakan, lebih 80 % atau lebih RM88 bilion adalah perbelanjaan di mall-mall atau secara offline. Volume di mall lebih besar dari online dan juga pasar-pasar malam.


Atas kesedaran itu, ketika menganjurkan AyuhBangkit 3.0, tercetus idea untuk membuka mall. Memang pada asalnya kami memang ada rancangan membuka mall, tetapi dalam tempoh yang lama lagi iaitu setelah terbinanya kawasan kediaman Raudhah City terlebih dahulu.


Bila saya sedar pentingnya terbinanya sebuah mall, saya terus usahakan. Kalau tidak saya berasakan apa yang saya katakan sebelum ini tak ubah seperti sembang kosong semata-mata. Oleh kerana pasar di mana usahawan kita bertarung adalah di pasar yang kecil, mereka tidak mungkin dapat berkembang dan meningkatkan pemilikan ekonomi dalam negara.


Kerana itu saya berkata, “Mari kita ambil alih 50 % daripada syer syarikat-syarikat asing.” Sebabnya syarikat-syarikat asing buka perniagaan di negara kita untuk menjual ayam, jual baju yang mana ini semua kita sendiri boleh buat.

MEREKA TENDANG KITA KELUAR! Bila kita kaji, kita dapati usahawan kita tiada tempat untuk memasarkan produk-produk mereka. Kenapa tiada usahawan-usahawan Melayu di pasaraya-pasaraya yang besar itu? Saya sendiri ada pengalaman untuk memasarkan barangan di dalam mall.

Bila kita ketuk pintu untuk masuk, mereka bukannya membenci kita. Itu bukan isunya. Sebaliknya kita akan dapati kosnya amatlah mahal. Pertama, sewanya sahaja sudah mahal. Yang kedua, walaupun dapat masuk ke dalam mall yang baharu misalnya, dan apabila mall itu semakin dikunjungi para pelanggan, maka datanglah jenama-jenama besar atau antarabangsa yang mampu menyewa dengan harga yang lebih tinggi.

Akhirnya kedai-kedai usahawan-usahawan kita akan diganti oleh mereka. Dalam bahasa kasarnya, mereka tendang kita keluar. Sebab itu kalau kita tengok mall-mall besar seperti KLCC mahupun di KLIA pun, berapa banyak usahawan Melayu yang ada?

Kita boleh marah pada mereka dengan mengatakan mereka anak tirikan kita dan sebagainya. Tetapi apakah itu akan selesaikan masalah? Kerana itu selepas AyuhBangkit 3.0, tercetuslah idea untuk membuka mall kita sendiri yang diberi nama Malakat Mall.

——-

Ayuh, perangi riba bersama dengan melanggan syer dengan Koperasi Pembanguan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM)! Layari: www.koppim.com.my

Perjuangan jihad demi membina Ekosistem Ekonomi Islam Yang Baru!

Ini yang perlu anda lakukan!

SPEND . UNITE . FUND

SPEND – Membeli Dari Peniaga sesama Muslim (BMF) UNITE – Bersatu Bersama

76 views0 comments

Comments


bottom of page