top of page

The Signs Of The Times

Writer: Coach FadzilCoach Fadzil

Bagaimana Ia Akan Berakhir Kuliah Sheikh Imran Hosein, seorang sarjana Islam dan pakar eskatologi (ilmu akhir zaman) Islam serta isu-isu politik dan ekonomi dunia (Surah Muhammad: 18)

(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya.

Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka – apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? PERTUMPAHAN DARAH AKAN BERLELUASA (Sahih Bukhari.Vol 2.Book 17.146)

NABI ISA AKAN TURUN DI DAMASCUS DAN BERSOLAT DI BELAKANG IMAM MAHDI (Sahih Bukhari. Vol 3.Book 43.656)

Bismillahirahmanirahim. Puji-pujian kepada ALLAH swt. Kita juga mendoakan keamanan dan keberkatan kepada sekalian utusan-utusan-NYA. Kepada Nabi Adam a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Ibrahim a.s, Nabi Isa a.s, bondanya Maryam dan yang paling diberkati, Nabi Muhammad saw. Dari studio saya di Trinidad, saya ucapkan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh untuk anda sekalian walau di mana anda berada. Hari ini adalah 4 Syaaban. Allâhumma bârik lanâ fî rajaba wasya‘bâna waballighnâ ramadlânâ.

“Duhai Allah, berkatilah kami pada bulan Rajab dan bulan Syaaban dan pertemukanlah kami dengan bulan Ramadan.”

Kita nampak bulan Syaaban pada malam Khamis di Trinidad dan di beberapa tempat di dunia. Khamis adalah malam satu Syaaban. Kita boleh mengira yang 29 Syaaban kelak adalah pada malam Khamis. Justeru itu, kita akan melihat anak bulan Ramadan pada malam Jumaat.

Seandainya kita nampak anak bulan pada malam Jumaat, menurut ramalannya, hari pertama puasa ialah pada hari Jumaat. Seandainya anak bulan tidak kelihatan pada malam Jumaat, maka puasanya adalah pada hari berikutnya iaitu pada hari Sabtu.

Kita mesti mengira hari-hari pada bulan Syaaban dengan berhati-hati kerana inilah yang dilakukan Rasulullah saw. Baginda mengira hari-hari pada bulan Syaaban dengan lebih teliti berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Kerana itu kita boleh bersedia untuk berpuasa pada hari yang betul. Jika kita tidak mula berpuasa pada hari yang betul, nanti apabila tiba ke malam lailatul qadar, tatkala ALLAH swt menurunkan para malaikat dan Jibril serta memakbulkan segala doa kita. Kita sudah berdoa dan berdoa dan meminta ia dikabulkan segalanya. Inilah malamnya.

Tetapi apabila diselidik dan didapati kita mula berpuasa pada hari yang salah, kerana mengikut rentak Arab Saudi. Kita mesti berhati-hati pada Ramadan ini kerana kita mahu mula berpuasa pada tarikh yang betul.

Sekiranya kamu tidak membaca al-Quran, ini adalah peluang terakhir kamu lakukan di bulan Ramadan. Saya masih membaca surah al-Maidah kerana ini adalah hari keempat Syaaban. Pada hari pertama Syaaban, kita membaca surah al-Baqarah. Bila hari kedua kita membaca surah al-Imran dan hari ketiga surah an-Nisa.

Apabila kamu membaca dan mengkhatam Al-Quran pada bulan Syaaban, ia akan membantu kamu melakukan sunnah yang penting pada bulan Ramadan iaitu membaca Al-Quran kerana ALLAH swt juga melakukannya. Ada yang bertanya, ‘Apa buktinya?’

Kajilah Al-Quran. Dalam surah Al-Qiammah, ALLAH berfirman yang Dia membaca al-Quran. Ertinya ALLAH swt membaca keseluruhan Al-Quran. “Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu.” (Al-Qiammah: 18)

Apabila ALLAh swt menyempurnakan bacaannya, maknanya ALLAH swt membaca seluruh Al-Quran. Bila ALLAH swt membacanya? Pastinya pada bulan Ramadan.

Bersedialah untuk membaca Al-Quran pada bulan Ramadan. Sekiranya kamu tak pernah lakukan sebelum ini, lakukanlah pada Ramadan ini. Apakah kebaikannya? Terdapat banyak kebaikan apabila kita membaca seluruh Al-Quran.

Pada ketika kita berdepan dengan virus, ALLAH berfirman dalam surah Al-Isra: “Dan apabila engkau membaca Al-Quran (wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu.” (Al-Isra:45)

Kamu yang sentiasa membaca Al-Quran tentu tidak berasa gentar kerana berasa yakin bahawa membaca Al-Quran boleh melindungimu.

Kedua, seandainya ALLAH swt mentakdirkan kamu meninggal dunia, kamu tidak akan berasa takut.

Ini membawa kita kepada tajuk berikutnya iaitu bagaimana kita menangani virus yang ada di dunia hari ini. Pada pandangan awal saya, kita perlu menjejaki dari mana asal virus ini. Jika saya mencari bukti, sama seperti Israel dan Mossad atau CIA yang bertindakbalas pada Tragedi 9-11, dan apabila saya punyai bukti itu mereka akan membunuh saya!

Kerana itu, saya perlu menimbangnya dari sudut jejaknya. Masya-ALLAH terdapat sarjana dan para pemikir di yang lain sedang melakukan perkara yang sama. Saya kagum dengan pandangan mendalam mereka.

Saya mendapati virus ini adalah virus buatan. Daripada kepastian ini, saya tahu pasti ada pelan utama. Dan pelan utama ini perlahan-lahan sedang menyerlah! Saya telah mengenal pasti beberapa perkara mengenai pelan utama ini. Tetapi tak banyak yang saya tahu. Jadi saya akan berdiam diri dan menyimpan apa yang saya dah tahu.

Tetapi apabila pelan utama ini makin terserlah, saya akan berikan analisa yang matang. Tetapi sementara itu, apa yang mesti dilakukan?

Bagaimana kami hendak nasihatkan kamu semua kerana kami adalah pengkaji ilmu eskatologi Islam yang tidak diajar di pusat-pusat ilmu.

Nasihat saya, langkah pertama mengenai virus ini ialah menghapuskan perasaan takut mati dari hati kamu.

Baharulah kamu boleh berfikir dengan waras. Apabila hati kamu digenggam rasa takutkan mati, kamu tak akan dapat berfikir dengan baik, bertindak dengan baik dan jika kamu mati, kamu akan mati seperti orang jahil!

Kedua, kamu bukan sahaja menyebutnya dengan lidah, bahkan perlu punyai rasa yakin dengan sepenuh hati bahawa hidup dan mati itu di tangan ALLAH swt. Dia memberi nyawa. Kerajaan tidak boleh memberi nyawa. Washington tidak boleh memberi nyawa.

Dia memberi nyawa dan Dia mengambil nyawa. Itulah ALLAH. Jadi apabila ALLAH memberi dan mengambil nyawa, dan apabila tiba waktunya, kita berserahlah dengan menyebut, ‘dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita dikembalikan.’

Ketiga, sabda Rasulullah saw, ‘Letakkan kepercayaan kamu kepada ALLAH, tetapi ikatlah unta kamu.” (Sahih Ibn Hibban.731).

Jadi kita hilangkan rasa takutkan mati, kita serahkan hidup mati kita di tangan ALLAH, tetapi ini tidak bermakna kita boleh bertindak sesuka hati. Sebaliknya kita kena berhati-hati secara berpada-pada. Tidak perlulah mengunci diri di dalam rumah dan kemudian duduk di sudut bilik. Jika jiran kamu kelaparan, mana boleh kita mengunci diri? Kita perlu membantu sesiapa yang memerlukan. Jadi, janganlah panik. Dalam Sahih Bukhari: Manusia akan terus menunaikan haji di Baitullah dan manusia akan terus menunaikan umrah di Kaabah meskipun setelah Yaajuj dan Maajuj telah dilepaskan. Tetapi hari kiamat tidak akan datang melainkan setelah ibadah haji itu telah ditinggalkan.

Apabila haji ditinggalkan, maka sahlah Yaajuj dan Maajuj telah keluar.

Klip kuliah Sheikh Imran Husein di San Fernando pada 2004: Apakah yang menyebabkan haji dihentikan? Apabila Dajjal memerintah dan terjadinya perang, Israel meluaskan wilayahnya. Pada waktu yang sama, sistem kewangan dunia runtuh, ekonomi Amerika runtuh dan Israel mengganti Amerika sebagai negara yang memerintah dunia.

Peperangan besar itu akan menyemarakkan perasaan marah umat Islam di merata dunia sampai ke peringkat Arab Saudi tidak membenarkan haji dikerjakan kerana ibadah itu akan mengganggu ketenteraman kerajaan Saudi.

Kerajaan itu akan membuat alasan kononnya ada virus, dan World Health Organisation menasihatkan hingga haji ditangguhkan. Pada tahun berikutnya ia ditangguhkan lagi sehingga akhirnya ibadah haji dihentikan langsung.

Kuliah seterusnya: Begitulah apa yang saya sebutkan 15 tahun yang lalu Tidak perlu terima pandangan saya melainkan ia benar. 15 tahun lalu, saya ada menyatakan akan berlakunya peperangan yang besar. Ilmuan eskatologi Yahudi dan Kristian mengatakan ia adalah Amegeddon iaitu sebuah peperangan yang akan menghancur dunia. Islam menyebutnya sebagai Almalhama atau pembunuhan besar.

99 % akan mati dalam peperangan itu. Sudah pasti ia bukannya peperangan biasa. Sebaliknya peperangan yang menggunakan senjata pemusnah. Peperangan itu akan membuka lorong dari Amerika ke Yahudi dan ini akan menyemarakkan rasa marah dunia Islam lalu menentang negara Arab Saudi telah mengkhianati Islam.

Mereka dikatakan sebagai tali barut Yaajuj dan Maajuj, Kristian atau Zionis. Merekalah orang yang memerintah Arab Saudi. Jadi, kerajaan Saudi berada di dalam situasi yang berbahaya setelah perang besar itu.

Haji yang dikerjakan selepas itu akan menjatuhkan rejim Arab Saudi. Mengikut analisis saya, mereka harus mengambil langkah menggantung ibadah haji dan akhirnya menghentikannya sebelum perang besar itu.

Mengikut jangka masa saya, dengan mengambil kira sabda Rasullulah bahawa Juruselam menjadi tumpuan dan juga Madinah dipinggirkan sehingga terjadinya perang besar, saya rasa akan terjadinya penangguhan haji hingga ibadah itu dihentikan langsung untuk memelihara Arab Saudi apabila perang tercetus. Selepas meletusnya perang besar, maka berlakunya penaklukan Constantinople. Kemudian muncul Dajjal. Ini diikuti dengan turunnya Imam Mahdi a.s dan Nabi Isa a.s. Tetapi bagi mereka yang pekak dan bisu yang masih degil, mereka kata tidak akan muncul Yaajuj dan Maajuj sehingga turunnya Nabi Isa.

Kami ingin nyatakan hadis Rasulullah saw telah menjangkakan ini seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari. “Kamu akan mengerjakan haji dan umrah meskipun setelah Yaajuj dan Maajuj telah dilepaskan.” Hadis itu seterusnya menyatakan, “Hari Kiamat akan terjadi apabila apabila Haji tidak dilakukan lagi.” Penggantungan haji untuk setahun tidak memenuhi maksud hadis ini. Ibadah haji juga pernah digantung beberapa kali sebelum ini.

Kita membicarakan tentang bila mana haji dihentikan sama sekali. Biarkan pelajar-pelajar itu. Mereka tidak boleh berfikir kerana mereka telah tiada kebolehan untuk berfikir. Apabila haji tiada lagi ditunaikan, kamu tidak boleh kata yang Yaajuj dan Maajuj masih belum keluar. Jika kamu kata begitu, kamu telah menyanggahi Al-Quran. …………………………. Saya mendapat laporan dari pelbagai tempat di dunia bahawa terdapat fatwa yang tidak membenarkan kita menunaikan solat Jumaat. Kita tidak dibenarkan meninggalkan rumah. Kita dilarang untuk berkumpul dengan lebih 10 orang. Kerana itu solat Jumaat sukar dilaksanakan. Apa yang kita nak buat? Terdapat dua jenis azan yang saya tahu. ALLAH berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman. Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati ALLAH.” (Al-Jumaah: 9) Untuk bersolat, kita kenalah ada azan. Dalam satu seruan azan, ia memanggil kita untuk bersolat. Kecuali apabila hari hujan, muazin akan melaungkan agar kita bersolat di rumah. Tapi tak pernah lagi saya mendengar seruan azan yang mengajak manusia bersolat tetapi jangan datang lebih dari 10 orang.

Jadi apa yang kamu nak lakukan? Seandainya kamu hendak menunaikan solat Jumaat setelah lebih 10 orang datang dan kamu tidak benarkan solat kerana undang-undang tidak benarkan, kamu tidak boleh menunaikan solat Jumaat.

Bila undang-undang dunia tidak benarkan, maka kamu tidak boleh menunaikan solat Jumaat. Kamu tak perlu menjawab kepada ALLAH, kerajaanlah yang akan menjawab kepada ALLAH. Kamu tidak boleh menunaikan solat Jumaat sehingga pemerintah mengangkat sekatan itu atau kamu berhijrah ke tempat lain. Jika kamu di India, ketahuilah bahawa kerajaannya ialah kerajaan Zionis.

Ya, mereka musuh tetapi bukan semua Hindu yang begitu. Ada Hindu yang ada integriti, ada yang boleh berfikir dan ada Hindu yang tahu bahawa kerajaan Israel adalah kerajaan yang kejam. Jadi jangan kecam agama Hindu, tetapi kerajaan Hindu. Sekiranya kerajaan India melarang kamu ke masjid, patuhilah. Kalau kerajaan lain tidak membenarkan berkumpul lebih dari 10 orang, janganlah kerjakan Jumaat kerana ia tidak sah. Jangan selewengkan hukum ini.

VIRUS: Ini adalah kejadian yang berbeza dari kejadian yang dunia belum pernah alami. Terlalu awal untuk kita membuat analisa. Tetapi saya ingin terangkan beberapa perkara secara ringkas. Terlalu ramai bukan Islam yang telah memberikan pandangan yang hebat. Saya kagum kerana mereka bercakap seperti apa yang saya katakan. Mereka tiada al-Quran sebagai rujukan. Tetapi mereka tepat dalam telahan mereka kerana ALLAH telah berikan kebolehan itu.

Eskatologi Islam telah mengesahkan virus ini. Sebab itu saya sarankan kamu untuk belajar ilmu Eskatologi Islam. Saya telah mengkaji ilmu ini sejak 25 tahun. Setelah semua pihak menolak kritik saya, pada hari ini ilmu Eskatologi Islam telah diiktiraf. Inilah masa bagi kamu untuk bangkit dan mengkaji ilmu Eskatologi Islam. ………………….. David Abdullah, pemimpin politik Movement of Social Justice di Trinidad dan Tobago bercakap tentang pasaran dan ekonomi dunia yang digelar sebagai pasaran kasino dan ekonomi kasino kerana ia adalah sarang perjudian yang besar. Dia menyebut mengenai transaksi spekulatif kerana sebahagian besar daripadanya adalah transaksi spekulatif.

Wang bukannya diperuntukkan kepada aktiviti produktif. Wang mencari lebih banyak wang. Ini adalah pasaran yang tercemar. Saya telah cuba untuk membawa beliau untuk membicarakan tentang pasaran yang tercemar ini. Wang palsu digunakan. Saya menggelarnya wang khayalan. Tetapi istilah yang sebenarnya ialah wang palsu iaitu mencipta wang tanpa bersandarkan kepada apa-apa. Hanya ALLAH swt boleh mencipta kekayaan tanpa bersandarkan apa-apa. Kita tak boleh lakukan itu kerana ALLAH berfirman: “Jika kamu mahu menuai hasil, kamu kena menanam.” Satu-satunya mereka yang boleh menuai tanpa menanam ialah pihak bank. Mereka boleh menuai tanpa menanam. Mengapa? Kerana mereka menuai apa yang orang lain tanam. Itulah sistem perbankan. Salah satu punca pencemaran pasaran pada hari ini ialah kerana wujudnya wang palsu. Mereka menggunakan wang palsu ini untuk mengkayakan diri mereka. Mereka gunakan wang palsu ini untuk membeli dengan percuma. Mereka membeli minyak dan sumber asli negara-negara lain secara percuma kerana mereka mengeluarkan wang tanpa apa-apa sandaran. Tetapi kita terpaksa gunakan wang mereka untuk berjualbeli. Dan kita terpaksa memberi mereka benda yang betul-betul ada. Mereka membuat keuntungan melalui sistem kewangan ini dan menjadi semakin kaya sedangkan kita yang lain semakin tenggelam dalam kemiskinan. Bukan wang palsu sahaja yang menghancurkan ekonomi. Bahkan mereka gunakan wang palsu ini dan pinjamkan kepada kita dengan faedah. Wahyu yang akhir yang diturunkan di mana ALLAH tidak menyebut tentang syirik, bukan juga tauhid, bukan puasa, bukannya amal, tetapi mengenai riba. Dalam wahyu itu ALLAH isytiharkan perang ke atas peminjam.

Dan Rasulullah mengutuk pemakan riba. Apabila kita menyimpan wang dalam pendapatan tetap dan mengambil faedahnya, Rasulullah mengutuk kamu. Jika kamu pemilik bank atau pengarahnya pula, kamu akan lebih banyak disoal pada hari akhirat nanti.

Rasulullah mengutuk mereka yang memberi riba. Jika kamu meminjam dan membayar faedahnya, kamu juga dikutuk Rasulullah saw. Sekiranya kamu dikutuk Rasulullah dan kamu berdoa, apakah ALLAh swt akan menjawab doamu?

Kamu hidup dalam khayalan. Kamu dikutuk Rasulullah saw sedangkan kamu berpuasa, apakah puasamu itu diterima ALLAH? Bangunlah dari dunia khayalanmu.

Dia mengutuk mereka yang memberi riba dan mengutuk mereka yang memakan riba, dia mengutuk mereka yang merekod transaksi itu dan juga kedua-dua saksinya. Dan dia mengatakan mereka semuanya sama berdosa.

Semua kitab dari ALLAH telah melarang riba. Tetapi semua ekonomi dunia bergelumang dengan riba. Kesannya, wang tidak lagi beredar dalam ekonomi dunia. Apabila wang dipinjamkan dengan faedah, dan riba mula mencengkam ekonomi, implikasinya ialah, wang tidak lagi beredar di dalam ekonomi.

Yang kaya akan kekal kaya. Yang miskin akan terpenjara di dalam kemiskinan. Para ulama tidak bercakap tentang riba kerana mereka tiada kapasiti, keyakinan dan keberanian untuk mengajar subjek mengenai riba sedangkan ia amat mudah.

Apabila dunia bergelumang dengan riba, kekayaan tidak lagi berkitar di dalam ekonomi. Yang kaya akan kekal kaya. Soalnya ialah pada hari ini dunia telah mengenepikan larangan terhadap riba.

Dunia Hindu telah melupakan riba. Orang Yahudi telah menjadi pemberi riba dunia. Inilah sebabnya mengapa William Shakespeare menulis dalam karyanya The Merchant of Venice, terdapat watak Shylock sebagai peminjam berbangsa Yahudi.

Dan kerajaan Islam di dunia pula samada tiada pengetahuan atau keberanian untuk berdiri memperkatakan mengenai riba. Dan dalam dunia pendidikan Islam pun begitu. Hanya segelintir daripada kami yang berani berdiri menentang riba. Begitu juga dengan golongan Murabitun di Magribi. Mereka yang mengajar subjek riba akan disisihkan hingga tidak boleh berceramah di masjid. Tunggulah nanti apa yang ALLAH akan lakukan kepada kamu. Jika kamu halang kami bercakap di masjid, tunggulah esok ALLAH akan menghalangi kamu ke masjid. ……………………… Seperti yang tuan umpamakan ia sebagai ekonomi kasino kerana transaksi spekulatif, jadi bagaimana kita hendak menangani isu ini? Kita perlu benarkan kekayaan berkitar kembali di dalam ekonomi supaya yang kaya tidak kekal kaya selama-lamanya dan yang miskin tidak terpenjara dalam kemiskinan.

Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan sebagai respon kepada ekonomi yang tercemar ini? Dalam pemikiran ekonomi sosialisme dari orang seperti Karl Marx, katanya perlu ada campurtangan negara dalam negara.

Anda berkata tentang ekonomi kasino, pasaran kasino dan transaksi spekulatif iaitu perjudian. Dalam kecacatan ekonomi ini, wang bukan sahaja tidak digunakan secara produktif. Sebaliknya wang cuba mendapatkan lebih banyak wang.

Inilah yang mencacatkan ekonomi. Saya gelarkan ia wang palsu. Inilah yang makin mencemar ekonomi dan pasarannya. Riba ialah bagaimana wang digunakan untuk membuat lebih banyak wang tanpa apa-apa aktiviti produktif.

Temubual dengan David Abdullah: SIH: Apabila ekonomi itu disandarkan kepada riba, yang kaya akan kaya selama-lamanya dan yang miskin akan miskin selama-lamanya. Inilah yang dinamakan Persistent Poverty yang diperkatakan oleh George Beckford, ahli ekonomi Jamaica. Bagaimana kita respon kepada hal riba ini? Ekonomi soasialisme menyarankan campurtangan negara. Tetapi ekonomi Islam berbeza pandangannya. Kita kata, sekiranya inginkan ekonomi yang sihat, di mana kekayaan beredar dalam ekonomi itu, kita kena kembalikan pasaran bebas dan adil. D.A: Perbincangan ini memang sedang dibicarakan secara global berikutan dengan krisis yang berlaku sekarang. Tidak lama dahulu kita membina pendekatan yang dinamakan ekonomi solidariti sosial. Pihak ILO atau International Labour Organisation turut merujuk kepadanya. Mereka di Kanada mengistilahkannya sebagai aktiviti koperatif. Jadi ada aktiviti kewangan seperti persatuan kredit yang memberi sumber kewangan kepada usahawan kecil, mewujudkan koperasi dan membantu mereka yang hilang pekerjaan dan memindahkan kekayan ke dalam komuniti.

Ini adalah dimensi penting. Kita memang perlukan campurtangan kerajaan secara kritikal. Saya terbaca bagaimana Boris Johnson, PM United Kingdom mengambilalih sebahagian daripada sistem keretapi di negaranya setelah diswastakan beberapa tahun sebelum ini.

Pagi ini Richard Branson, seorang kapitalis tuanpunya Virgin Atlantic, cuba mendapatkan bailout dari kerajaan untuk syarikat penerbangannya. Pada tahun 2008-2009 samada di Amerika dan di negara-negara lain, mereka menyelamatkan bank, General Motor dan banyak syarikat Amerika di mana kerajaan mengambil hakmilik untuk mendapat suntikan kewangan. Dalam suasana krisis, apabila semua yang bermasalah mendapat bantuan kerajaan untuk sokongan dan bailout, apa yang kerajaan boleh buat dengan aset-aset yang mereka peroleh? Apakah mereka kembalikan syer kepada pemilik persendirian? Atau apakah mungkin diadakan model pemilikan sosial?

Selalunya kita dapati pemilikan kerajaan ini akan mewujudkan korupsi di mana segelintir golongan elit yang berkedudukan di dalam birokrasi, teknokrasi dan politik akhirnya memperalatkan hakmilik kerajaan itu seperti kepunyaan mereka.

Akhirnya elemen rasuah berakar di dalam aset kerajaan itu melalui pemberian kontrak dan sebagainya. Jadi kita sebagai rakyat yang punyai hak ke atas aset negara kena pastikan terdapat kawalan dalam proses membuat keputusan supaya kekayaan dapat dijana daripada aset-aset itu. Dalam perlembagaan kita terdapat klausa yang mengatakan kita sebagai rakyat Tobago percaya kepada keadilan sosial. Semua hasil ditadbir untuk mencapai matlamat bersama. Ini adalah kenyataan yang jitu. Justeru itu keadilan sosial ke atas ekuiti yang menguntungkan kekayaan negara. Tetapi hakikatnya cara ekonomi kita tak memungkin kita mencapai matlamat itu.

SIH: Kita menyanjung pasaran bebas. Apakah semua sumber rakyat dan negara contohnya minyak, boleh diketepikan dari dipasarkan? D.A: Jika dilihat dari sudut ekonomi yang berdaya maju seperti minyak dan gas tidak semestinya didorong pasaran secara sepenuhnya. Cabaran kita untuk mempunyai hakmilik 100 % memerlukan modal agar dapat menjana pengeluaran. Ia amat mahal kerana harga minyak dan gas pun sedang menurun. Kita kena wujudkan cukai yang tinggi untuk pastikan rakyat mendapat bahagian yang adil daripada aset-aset itu. Setiap negara kena mengambilkira hal ini. SIH: Bagaimana dengan air? D.A: Bagi saya, air adalah hak manusia. Ia tak boleh dijadikan komoditi sebab kita tidak boleh hidup tanpa air. Sebab itu adalah menjengkelkan apabila kita air botol telah menjadi budaya kita sedangkan air yang diperoleh dari paip sudah baik untuk diminum. SIH: Banyak tempat di Afrika tidak menjual dan membeli susu. Bukankah susu itu harta untuk semua? D.A: Kita kena perhatikan perkara yang lain, contohnya elektrik. Ia bukan seperti air. Tetapi penjanaan elektrik itu amat diperlukan dalam kehidupan moden. Oleh kerana itu ia perlu dikuasai oleh kerajaan agar mereka yang tidak berkemampuan tidak disisihkan dari mendapatkan kemudahan ini. SIH: Meskipun kita mahukan pasaran bebas, bukan semua boleh diletakkan di bawah pasaran bebas. Ada yang perlu dikeluarkan dari pasaran… D.A: Apabila disebut pasaran bebas dan adil, kita perlu mendefinisikan apakah pasaran yang bebas dan adil itu. Sebabnya, pasaran selalunya tidak bebas dan adil. Akhir-akhir ini penyahkawalseliaan (deregulation) dan liberasi ekonomi, akan terdapat lebih banyak pengeluar. Apa yang berlaku ialah, dalam banyak sektor ekonomi pengeluaran, terdapat peningkatan hakmilik. Akhirnya kita dapati wujudnya hanya segelintir mereka yang menentukan halatuju pasaran. SIH: Bagaimana kita boleh menasihatkan kerajaan, apa yang boleh dan tidak boleh berada di pasaran. Kita mesti bantah walaupun ia akan mengakibatkan peperangan. Kalau kita mahu pasaran yang bebas dan adil, kita kena bertindak ke atas monopoli, wang palsu, dan lain-lain. Bagaimana jika ada orang yang mahu melabur tetapi tiada kemahiran perniagaan? Di sini kita ada konsep mudharabah di mana kita mahu perniagaan ini dijalankan dengan amanah dan akhirnya sama-sama mendapat bahagian. *David Abdullah, pemimpin politik Movement of Social Justice di Trinidad dan Tobago.

39Harlina Hamid, Aden Sacra and 37 others

Comments


© Coach Fadzil

bottom of page