top of page

Tips Jadi Usahawan: Buat Je Sekarang

Writer's picture: Coach FadzilCoach Fadzil

Hari ini saya nak mulakan kembara dari sebuah buku ‘All Time Essentials for Entrepreneurs: 100 Things to Know and Do to Make Your Idea Happen,’ oleh Jonathan Yates.

Hari ini saya nak beri tip kepada usahawan iaitu ‘buat je sekarang’ atau begin it now. Kita banyak sekali minta dengan ALLAH swt. Hari-hari kita minta seperti rezeki, wang, pendapatan, kekayaan dan banyak lagi.





IDEA ITU JUGA REZEKI





Tapi kita jarang mintak iman. Sebaliknya kita nak minta duit juga. Sebenarnya ALLAH banyak bagi kepada kita rezeki cuma kita tak perasan. Kita dok ingat rezeki itu datang dalam bentuk duit sahaja. Perniagaan yang banyak untung, baru dikatakan rezeki. Sedangkan sebelum terhasil pendapatan, ALLAH banyak beri kita idea. Apakah ALLAH beri kita idea sebab kita terror? Tidak. ALLAH yang terror, ALLAH yang power. ALLAH yang ada kuasa. Kita tiada kuasa. Rezeki yang paling banyak ALLAH beri tetapi orang tak perasan ialah idea atau ilham. Banyak idea yang masuk ke dalam otak kita ini. Itu satu bentuk rezeki yang ALLAH beri kepada kita. Ia membezakan dari satu orang ke satu orang yang lain.


APA ITU TIRUVASI?







Sebab itu bisnes masing-masing lain-lain, produk lain-lain. Kadang-kadang idea hampir serupa. Sebab kadang-kadang idea datang dari idea orang. Saya ni selalunya belajar daripada orang-orang yang berjaya. Kita tiruvasi; tiru dan inovasikan.

Contohnya idea yang banyak di dalam fikiran kita, tip pertama nak berjaya ialah dia mesti ada sikap ‘buat je sekarang.’ Jangan tunggu, walaupun idea itu bunyinya pelik. Cuma kenalah buat kajian dahulu.

Tidak semestinya berkira-kira dengan kuasa yang ada, atau membuat timbangan berdasarkan apa yang ada. Kalau semua orang fikir hendak ada kesemuanya baharu boleh buat, maka tak ada inovasi di dunia ini.




TAK PERLU IDEA SEMPURNA UNTUK BERMULA





Sebenarnya kita kena faham begini… kalau dapat idea, buat dahulu walaupun ideanya belum sampai 100 %. Tak apa. Hari ini 10 %, esok 10 % lama-lama dapatlah 100 %. Kita kena yakin bahawa kuasa bukan daripada kita tetapi daripada ALLAH.

Walaupun merancang itu perlu, tetapi kita kena act on the idea. Farly, bos saya di NEC Computers dahulu kata, di zamannya dia menggunakan pita rakaman bila dia mendapat idea. Ke mana yang dia pergi dia akan bawa pita rakaman.

Kini kita ada pelbagai cara samada voice note atau yang terbaik dengan cara menulis. Saya yang banyak idea pun boleh terlupa idea. Sebabnya bila kita biasa latih diri untuk fikir risau, kita mudah dapat idea.





MENDAPAT IDEA DENGAN ‘FIKIR-RISAU’




Bila kita fikir risau, ia bermakna kita fikirkan bahawa ada masalah dalam masyarakat kita, umat kita, dunia kita, malah diri kita sendiri. Jadi kita nak cari solusi kepada masalah itu. Bila ALLAH beri idea, kita kenalah bertindak ke atas idea itu.

Macam hari ini, kita tahu iman umat lemah, ia lemah sebab keyakinan kepada ALLAH sudah lemah sebab rupa-rupanya kita semua dah tinggal dakwah. Kita tinggal dakwah kerana tak diajar untuk berdakwah.

Kalau kita fikir risau, kita kenalah hari-hari berfikir, buat FB live, social media posting untuk berdakwah memberi idea bagi memperbaiki iman kita. Nabi suruh sahabat perbaharui iman walaupun sahabat-sahabat ini seperti Abu Bakar, Umar yang iman mereka bukan seperti iman kita.

Cuba bayangkan semua orang di dunia ini bertindak ke atas idea-idea mereka. Apa akan jadi dengan dunia ini? Pasti dunia ini akan jadi lebih baik. Tetapi lebih 99 % orang tidak bertindak ke atas idea-idea yang ALLAH beri.






APA REZEKI YANG LEBIH MAHAL DARI DUIT?






Sebab yang mereka faham ialah rezeki itu datang dalam bentuk duit, makanan, pekerjaan atau perniagaan. Bila dah dapat itu semua, mereka kata itu rezeki. Sedangkan rezeki yang paling mahal sekali adalah idea.

Apa bezanya di antara Tony Fernandes Air Asia dengan Malaysia Airlines? Bezanya ialah, Tony Fernandes berfikir yang ‘saya nak beri orang naik kapalterbang dengan harga yang murah.’

MAS pula fikir ‘saya nak beri orang naik kapalterbang dengan selesa.’ Tapi mana lebih besar sekarang? Air Asia, walaupun perniagaannya terkesan dengan pandemik, apabila keadaan pulih maka ia akan berdaya maju. Saya bercakap dalam nada positif kerana kalau kita fikir susah semata-mata, baik kita duduk di rumah dan menangis sahaja. Tetapi itu tak perlu. Serahlah kepada ALLAH. Dia lebih tahu apakah perancangan kita.

Yang kita nak fokus ialah apa yang kita boleh buat sekarang. Idea Brainy Bunch misalnya ialah Islamic Montessori English. Sekolah Islamik dah ada, sekolah Montessori dah ada. Sekolah Inggeris dah ada

Jadi, saya gabungkan ketiga-tiganya. Cikgu graduan atau lepasan SPM pun, mereka diajar Islamic Montessori di peringkat tadika sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.



TIDAK SUKAR, BUKAN BERMAKNA MUDAH




Ideanya bukannya mudah. Tapi tidak juga sukar. Saya kata ia sukar kalau setiap hari kena angkat batu, itu beratlah. Tapi kalau kita fikir, sekadar bertanggungjawab, kalau ada masalah kita kena berdepan, itu memanglah berat, tapi tak seberat angkat batu atau hilang nyawa.

Lebih banyak kita bertindak ke atas idea-idea kita, lebih berkemungkinan kejayaan akan terjadi. Jeff Bezos adalah pengasas Amazon. Kalau kita baca perjalanan hidupnya yang buat macam-macam hingga buat roket untuk berlawan dengan Elon Musk; ukankah apa yang dia buat itu merugikan? Bukan semua bisnesnya untung.

Tanyalah Tony Fernandes berapa banyak kerugian yang dia alami? Saya orang kecil sahaja. Tapi saya belajar dari orang yang hebat-hebat, yang buat macam-macam.

Tapi bukan semuanya berjaya sebab rezeki bukan milik orang berjaya. Rezeki bukan datang dari usaha semata-mata. Sebab apa? Rezeki bukan milik mereka. Rezeki bukan atas formula, walaupun formula dan usaha itu penting. Rezeki datang dari ALLAH. Dialah yang putuskan samada dia hendak beri atau sebaliknya; samada dia hendak uji atau nikmat.




MENDAPAT NIKMAT DARI UJIAN




Nikmat dan musibah pun ujian. Kalau kita tengok orang beriman, semua benda yang datang menjadi nikmat. Nabi Ayub a.s dengan penyakit dahsyat sampai ulat jatuh dari kepala dia letak balik kerana itu pun nikmat baginya. Dia ambil penyakit itu sebagai peluang untuk dia zahirkan cinta kepada ALLAH. Nabi Ibrahim as juga diuji. Bila malaikat ingin datang membantu, ketika dia hendak dimasukkan ke dalam api, Nabi Ibrahim bertanya samada malaikat itu datang untuk membantu atau menurut perintah ALLAH? Bila malaikat kata ia datang atas inisiatif sendiri, Nabi Ibrahim tidak hendak menerima bantuan itu kerana itu adalah peluang Nabi Ibrahim hendak menzahirkan cintanya kepada ALLAH. Ujian juga nikmat baginya. Akhirnya ALLAH beri nikmat kepada dia. Nabi Ibrahim masuk ke dalam api yang membakar. Tapi itulah situasi di mana Nabi Ibrahim berasa tenang dan seronok. Inilah orang-orang yang diuji tetapi melihatnya sebagai nikmat. Kita tak sampai tahap itu, tapi balik kepada idea do it now, buat aje sekarang. Senaraikan idea dan boleh test out idea di sosial media. Saya selalu buat macam tu.


TIGA FAKTOR JALAN PINTAS



Bisnes memerlukan masa, sumber dan modal. Bagaimana kita hendak pintas dengan ketiga-tiga faktor ini?

Yang pertama, masa. Contohnya saya dah ada dua cawangan Bunch-Oh dekat Cyberjaya dan Masjid Tanah. Kalau saya nak buka 100 Bunch-Oh, ia akan ambil masa. Saya telah belanjakan hampir setengah juta untuk Bunch-Oh di Cyberjaya. Kalau kita ambil alih, kita cuma tukar logo syarikat sahaja dan baiki. Seperti Papparich, kalau kita satukan fikir risau dan usaha kita, kita boleh ambil alih dengan cepat.

Kedua, sumber. Kalau kita ambil-alih restoran yang dah ada 100 cawangan, dengan beratus pekerja. Ini juga pintas. Kalau pun ada kakitangan yang tak sesuai, kita boleh ganti.

Ketiga, ialah duit atau modal. Contohnya, kalau kita hendak bina hospital, kita kena belanja RM5 – RM10 juta. Tapi kalau kita ambil-alih, mungkin nilainya RM1- RM2 juta. Kita mungkin menambah belanja, tetapi kosnya masih rendah.

Kalau 100 cawangan, nilainya RM100 juta. Tentulah ada congakannya. Kita bukan hendak tengok untung. Kalau tengok untung, tentulah mereka tak mahu jual.




PRAKTIKKAN ‘BUAT JE SEKARANG’



Tip hari ini simple iaitu buatlah sekarang atau do it now. Bila dapat idea, bina terus dan usahakan idea itu. Hari-hari ALLAH beri macam-macam idea. Tapi senaraikan dahulu. daripada senarai itu, kita pilih. Kalau tak pasti, buatlah solat istikharah. Kalau kita dah biasa buat dengan idea ini dan banyak bergantung pada ALLAH, kita tak perlu risau sangat hasilnya.

Yang perlu dirisaukan ialah tindakan kita sebab kita akan dipertanggungjawabkan apa yang kita buat. Hasilnya ALLAH pegang tetapi kita jangan salahkan ALLAH. Fikirkan mungkin ALLAH suruh aku usaha lagi.

Duduklah dalam tribe atau jemaah yang betul. Jemaah yang boleh jadikan kita taat kepada ALLAH menurut syariat. Tapi apa-apa pun, tolong jangan buat gunakan sistem riba.

Semoga ALLAH bagi keberkatan dan kefahaman serta kejayaan. Jazakallah khair.








30 views0 comments

Recent Posts

See All

コメント


© Coach Fadzil

bottom of page