Brainy Bunch: Pelan Strategik Selepas Pengumuman PMX & YB Menteri Pendidikan Mengenai Kemasukan Darjah 1 Pada Umur 6 Tahun
- Coach Fadzil
- Mar 6
- 2 min read

Brainy Bunch: Pelan Strategik Selepas Pengumuman PMX & YB Menteri Pendidikan Mengenai Kemasukan Darjah 1 Pada Umur 6 Tahun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kepada semua Parents dan Alumni Parents Brainy Bunch yang dihormati,
Susulan pengumuman oleh PMX dan YB Menteri Pendidikan mengenai kemasukan Darjah 1 pada umur 6 tahun, pihak pengurusan Brainy Bunch telah meneliti serta mengkaji secara mendalam impak terhadap kelestarian (sustainability) kumpulan Brainy Bunch untuk jangka masa panjang.
Sebagai langkah strategik ke hadapan, Brainy Bunch akan memperkenalkan cabang baharu pendidikan iaitu:
Sekolah Rendah Integrasi Islam Brainy Bunch (SRIIBB)
Alhamdulillah, pra-pendaftaran SRIIBB telah pun dibuka dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan, bukan sahaja daripada parents Brainy Bunch malah daripada ibu bapa luar yang turut berminat untuk mendaftarkan anak-anak mereka.
Apa Yang Ditawarkan Oleh SRIIBB?
SRIBB akan menawarkan:
- Kurikulum KPM (Dual Language Program)
- Program KAFA di bawah Jabatan Agama Islam Negeri
- English medium learning environment
- Brainy Bunch Education Mastery Program
- Hyrox-inspired Fitness Program
- Continuous Life Skills Development
- All-day learning (7.30 pagi – 5.00 petang)
SRIBB akan berdaftar sebagai Sekolah Rendah Islam dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Agama Islam Negeri.
Alhamdulillah, sehingga kini kami telah menerima permintaan pembukaan SRIIBB di lebih 100 lokasi di seluruh negara.
Mengapa SRIIBB?
Sejak 10 tahun lalu, kami menerima banyak permintaan untuk membuka lebih banyak Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch di seluruh Malaysia. Namun, kos penubuhan sekolah antarabangsa yang tinggi menyebabkan yuran yang kurang mampu diakses oleh majoriti ibu bapa.
Dengan pengalaman lebih 10 tahun mengendalikan sekolah antarabangsa, pencapaian cemerlang pelajar dalam IGCSE, serta pengiktirafan daripada Cambridge Malaysia sebagai antara sekolah antarabangsa berprestasi tinggi, kami yakin Brainy Bunch mempunyai kepakaran dan sistem yang mantap untuk menawarkan:
1. Sekolah Rendah Islam English Medium terbaik di Malaysia pada kos yang jauh lebih mampu milik.
2. Yuran sasaran SRIIBB adalah hanya RM550 sebulan, menjadikannya antara pilihan terbaik untuk ibu bapa yang mahukan:
- Pendidikan akademik dan agama yang seimbang
- Persekitaran yang selamat
- Pembelajaran sepanjang hari tanpa perlu transit tambahan
- Pelan Pengembangan SRIIBB
3. Kos setup satu cawangan: ± RM1 juta
4. Sasaran pembukaan: 50 cawangan menjelang 2027.
5. Permohonan guru diterima setakat ini: Lebih 300 permohonan.
Ini menunjukkan keyakinan masyarakat terhadap jenama dan sistem Brainy Bunch.
Peluang Menjadi Pemilik Bersama SRIIBB
Kami membuka peluang kepada Parents dan Alumni Parents Brainy Bunch untuk menjadi pemilik bersama SRIIBB dengan modal permulaan hanya:
RM50,000
Ini adalah peluang untuk bersama-sama membangunkan ekosistem pendidikan Islam yang mampan, berkualiti dan berimpak tinggi.
Sila ke link berikut atau scan QR ini untuk daftar minat menjadi pemilik bersama SRIIBB dan pasukan kami akan hubungi untuk mengadakan sesi taklimat.
Kami yakin dengan penubuhan SRIIBB, Brainy Bunch akan menjadi lebih kukuh dan mampu memberi impak yang lebih besar dalam melahirkan generasi ummah yang beriman, berilmu dan taat kepada Allah SWT.
Kami memohon doa dan sokongan semua agar usaha ini diberkati dan dipermudahkan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Hilmi Ismail
CEO
Brainy Bunch Education Group



Comments