top of page

Anak bawah 3 tahun bukan tak faham cakap kita.

ree

Dia dengar. Dia tengok. Dan dia akan tiru. Macam kucing pura-pura tak dengar, tapi semua dia perhati.


Kadang kita pelik, kenapa anak suka menjerit, ugut atau marah orang bila kehendak dia tak dipenuhi. Tapi kalau kita tenang dan fikir semula… mungkin dia cuma ulang apa yang dia nampak dari kita.


Kalau kita cepat naik suara, kalau kita guna rotan untuk ugut, jangan hairan kalau dia pun gunakan taktik yang sama. Otak anak kecil ni ibarat span, semua yang dia lihat dan dengar akan diserap bulat-bulat, tanpa tapis.


Kajian menunjukkan bayi seawal 7 bulan sudah mula meniru nada suara dan ekspresi emosi orang dewasa. Lagi kecil, lagi kuat pengaruhnya. Dan pada usia itu, dia belum mampu beza betul atau salah. Dia cuma tahu, “Beginilah cara mak ayah buat.”


Kalau difikirkan, memang rasa berat. Ramai antara kita pun baru pertama kali jadi ibu ayah. Selalunya kita guna cara yang kita dibesarkan dulu. Tapi kalau kita mahu anak ubah, kita kena mula ubah diri dulu.


Antara yang kita boleh cuba:

* Tegur dengan suara rendah, bukan jeritan. Cari waktu yang tepat untuk nada tegas, bukan nada marah.

* Ganti rotan dengan pelukan atau sentuhan lembut. Kalau marah, tarik nafas dulu. Jangan ganti rotan dengan hanger pula.

* Luah marah dengan kata, bukan tangan. Susun ayat walau hati tengah panas.


Kita semua sedang belajar. Tak sempurna, tapi boleh jadi lebih baik dari semalam.

Sebab anak bukan hanya dengar nasihat kita , dia sedang meniru siapa kita.


Brainy Bunch


 
 
 

Comments


© Coach Fadzil

bottom of page