Anak kita ni jenis baik. Duduk diam. Tak kacau orang.
- Coach Fadzil
- Oct 9
- 1 min read
Anak kita ni jenis baik. Duduk diam. Tak kacau orang.
Tapi... tak ada kawan.
Tak berani angkat tangan bila cikgu tanya.
Takut nak main benda baru.
Dan kadang-kadang… dia terlalu baik sampai tenggelam.
Kita selalu risau kalau anak kasar atau nakal.
Tapi kita lupa anak yang terlalu pasif pun perlukan perhatian.
3 Tanda anak ada masalah sosialisasi (tapi ramai mak ayah anggap “biasa je”
1. Terlalu bergantung pada orang dewasa
Anak takkan main kalau tak ada kita. Nak pergi tandas pun tunggu mak ikut.
2. Takut buat silap depan orang
Sebab biasa sangat ‘kena betulkan’ depan orang ramai, dia jadi takut cuba
3. Lambat nak mula, cepat give up
Tak tahu macam mana nak mula main, dan mudah rasa tak mampu bila gagal
Apa ibu ayah boleh buat:
* Galakkan anak mula perbualan dengan soalan mudah
Contoh: “Adik nak main sama?” atau “Nama awak siapa?”
* Beri ruang anak buat keputusan kecil
Biar dia rasa suaranya penting — walaupun sekadar pilih warna baju
* Bawa anak ke tempat yang ada struktur tapi selamat untuk explore
Contoh: kelas seni, group play, atau aktiviti outdoor beramai-ramai
Di BB Campus, anak diasuh dalam suasana yang seimbang bukan terlalu tegas, bukan terlalu bebas.
Melalui Montessori, anak belajar buat pilihan sendiri, berani cuba, dan bina hubungan dengan cikgu serta kawan.
Aktiviti mingguan seperti Show & Tell, Night Market dan Nature Table bantu anak lebih yakin, walau sebelum ni pemalu.
Kalau nak anak mula bersinar dengan cara dia sendiri, tanpa paksaan
BB Campus playschool dan preschool mungkin tempat paling sesuai.



Comments