Ibadah korban adalah peringatan Allah kepada kita untuk kita merenung tahap keimanan kita. Allah berikan kita masa, Allah anugerahkan rezeki, Allah beri kesihatan, Allah beri kebahagiaan dan Allah masih beri kita nyawa! Semua ini untuk menguji Tindakan kita adakah kita 'Korbankan' nikmat yang telah Allah kurniakan demi untuk mendapatkan Redha Allah ? Adakah banyak, sedikit atau belum lagi kita korbankan untuk Allah ? Allah pastinya tidak perlukan kita! Hatta jika seluruh dunia tidak taat kepada Allah pun tiada kesan langsung kepada Allah!
Tetapi kita lah yang akan terkesan. Kita lah yang memerlukan Allah untuk melihat amal kebaikkan untuk kita meraih redha Allah. Redha Allah yang dimiliki oleh para Sahabat Nabi! Inilah yang harus kita cari dan usahakan!
Ulama kata, Banyak Korban banyaklah kefahaman Agama yang akan kita perolehi, kurang korban kurang faham, salah korban salah faham!
Ayuh kita bersama korban kerana Allah dan usaha untuk menjadi pembantu Agama Allah untuk mendidik, membimbing dan membantu Ummat untuk amal agama sempurna.
Ayuh kita korban demi membina ummat yang mempunyai asas akidah yang jitu, ibadah yang istiqomah, akhlaq yang mulia, bermuasyarah dengan penuh kecintaan seperti ansor dan muhajirin dan bersedia membina sistem muamalat Islam yang sebenar melalui 'market place' dan seluruh rantaian pembekalan sebelum tertegak siasah (kerajaan) yang wujud atas keimanan kepada Allah.
Korbanlah sedikit masa, harta yang ada kurniaan Allah demi untuk mencapai redha Allah. Ketepikan perbezaan dengan memfokus kepada dasar Cinta Allah & Cinta Nabi yang jauh lebih hebat!
Siap sedia untuk Berkorban & Berjuang dalam menjadikan kita manusia yang Beriman, Beramal dan Berdakwah mengajak diri, keluarga dan masyarakat untuk Taat Allah dan ikut cara Nabi.
Semoga Allah datangkan kekuatan untuk kita mula bertindak dan bergerak di dalam jamaah yang saling cinta mencintai.