BAGAIMANA ISLAM BOLEH KEMBALI PIMPIN DUNIA DAN PERANAN ANDA

BAGAIMANA Islam boleh bangkit dan kembali gemilang? Apa perubahan yang boleh kita lakukan untuk menjadikan ia terbilang? Kita kenalah renung, sempat tak kita mainkan peranan ini? Apa pula jawapan kita di akhirat andainya tak melakukan apa-apa untuk agama kita?


Oleh sebab itu, kita sendiri kena ubah niat kita untuk sama-sama menaikkan agama kita kerana selama ini kita rasa kita tidak punyai peranan itu. Sebaliknya, kita tunggu orang lain yang melakukannya.

Sebelum kita bicara macam mana nak bangkit, kita kena lihat faktor-faktor kejayaan yang ditulis dan dikaji oleh sarjana-sarjana kita melalui tesis mereka. Kesimpulan yang diperoleh, mereka kata kejayaan kerajaan Islam yang lampau itu terletak kepada tadbir urus yang baik.

Ia juga diasaskan dari pembangunan modal insan. Rasulullah saw tak fokus kepada pembangunan infrastruktur, tetapi pembangunan akidah. Ini melahirkan akhlak yang baik melalui aktiviti-aktiviti ibadah yang meningkatkan tahap keimanan kita kepada ALLAH SWT.

APAKAH faktor kejatuhan Islam dan mengapa ia tidak boleh naik? Kita dah jatuh 800 tahun dahulu. Kita kena kaji jurnal-jurnal, bagaimana hendak bangkit semula. Saya nampak kelemahan kita. Bagaimana Islam boleh bangkit dan peranan anda. Bagaimana dan apa perubahan yang kita boleh lakukan hari ini, bukannya 100 tahun akan datang.

Kebangkitan Islam, hanya fokuskan kepada kejayaan modal insan. Islam datang ke Nusantara bukan melalui peperangan. Sebaliknya melalui akhlak yang cantik orang-orang Arab yang kelihatan hebat. Kerana itu orang kita nak ikut cara berpakaian dan bahasa mereka.

Kumpulan Yahudi pula, bagaimana mereka ambil alih kepimpinan dunia? Kumpulan Zionis buat mesyuarat rahsia yang mana mereka merangka strategi untuk menguasai dunia. Dulu England kuasai dunia. Kemudian Perancis, Bagaimana England dipatahkan dan dimanipulasi oleh Yahudi?

Yahudi tak ramai, tapi mereka MERANCANG DAN BERTINDAK DALAM JAMAAH. Apa yg mereka buat? Pada tahun 1815 mereka buat mesyuarat untuk bina kekuatan kewangan. Mereka orang yang pertama mencipta sistem wang menggantikan emas. Di Amerika, bagaimana mereka tukar sistem yang tak gunakan emas? Mereka perkenalkan duit kertas.

Strategi mereka seterusnya ialah mewujudkan keadaan kucar-kacir hingga peperangan terjadi. Perpecahan diwujudkan di negara-negara Eropah sebagai satu strategi mereka menembusi wilayah itu. Sebelum bergerak, mereka dah buat kekuatan kekayaan kewangan. Mereka gunakan kewangan untuk tekan negara-negara itu. Bila nak perang, negara-negara ini perlukan wang.

SIAPA yang taja peperangan? Golongan kapitalis. Siapa mereka? Golongan Yahudi yang kaya raya. Pada 1815, England buat pinjaman dari Yahudi 885 juta pound. 1945 hutang mereka menjadi 22.5 billion dengan faedah lebih 400 juta pound. (Ini adalah fakta daripada tesis seorang pelajar UKM).

Ini juga berlaku kepada Daulah Othmaniah yang jatuh kerana meminjam duit. Melalui pinjaman, mereka ditekan. Siapa yang tak baca sejarah, dia akan mengulanginya. Kita kena ambil sejarah sebagai ibrah.

Gerakan Islam kita di sini terlalu menunggu perubahan. Seperti menunggu tindakan kerajaan dengan harapan keadaan akan jadi lebih baik. Soalnya apakah kita boleh letak harapan kita kepada mereka semata-mata?

Tapi tengoklah Turki. Ia harapan kepada dunia Islam. Kita doakan Erdogan dapat teruskan perjuangannya di Turki walaupun majoriti rakyatnya belum mahu kembali kepada hidup sebagai Islam yang sebenar. Tapi Mesir jatuh dengan memangsakan Presiden Morsi dan banyak pemimpin negara Islam yang dijatuhkan secara perlahan melalui kumpulan-kumpulan pemodal dan kekuatan kewangan.

Pada hari ini kita fokus kepada pembangunan modal insan. Kuasa politik sudah tak boleh kerana politik bukan kuasa kita. Kita sebagai orang biasa tidak boleh buat apa-apa. Jadi apa peranan kita?

KITA tak tahu bila kita akan mati. Tapi yang pastinya bila kita mati, kita akan ditanya apakah yang kita telah sumbangkan pada perjuangan Islam?


Dulu, orang Islam meluaskan pengaruh mereka melalui Rasulullah s.a.w, sahabat, Abasiyyah dan lain-lain melalui peperangan. Tetapi hari ini peperangan tetap berlaku. Peperangan hari ini tetap ada. Tapi, Islam kena pimpin dunia. Sebab bila Islam pimpin dunia orang bukan Islam pun akan terbela.

Kalau kita nak menang hanya kerana nak tukar kerajaan, ia tak bawa makna. Contohnya Brunei. Dah Islam dah tapi tak boleh ubah dunia. Sultannya bagus tapi tak boleh buat apa-apa sebab dia sendirian.

Di Malaysia? Walaupun kita berjaya tubuh kerajaan yang majoritinya Islam, tapi kuasa ekonomi, 80% dipegang oleh bukan Islam. Namun, itu bukan salah mereka. Tapi, macam mana kita nak tentukan pemerintahan? Opsyen yang ada ialah dengan mengembalikan kekuatan ekonomi Islam.

Israel kuasai ekonomi dulu. Mereka kuasai dunia melalui sistem ekonomi yang mereka wujudkan. Mereka guna kuasa ekonomi untuk kuasai politik. Kita harus belajar cara mereka. Apa yang boleh kita buat?

Saya ada menulis artikel empat tahun lalu. Macamana kita nak selamatkan diri dari sistem riba? Bersedekahlah sebanyak RM100 sebulan. RM100 simpan tak kaya, kalau beri kita tak miskin. Jadikan sejuta orang Islam sedekah RM100 sebulan. Maknanya RM100 juta ringgit yang terkumpul boleh selesaikan sistem riba dan kita boleh bina dana pelaburan-pelaburan strategik.

BAGAIMANA Islam bangkit? Ulama dah buat iaitu fokus kepada pembentukan modal insan. Ibubapa mesti jaga anak-anak. Akidah dan ibadah baik akan bina akhlak yang baik.

Ibadah bukan setakat solat dan baca al-Quran, tetapi memahami untuk dilaksanakan. Teruskan menyokong institusi yang menyokong pendidikan Islam. Hari ini bukannya kita tak ada saintis Muslim, pakar IT dan juga lain-lain. Hari ini mereka yang berkelayakan dah ramai termasuk yang bekerja di NASA dan jadi pensyarah di negara-negara di dunia.

Saintis kita dah ramai. Kita hendak pimpin dunia, bukannya nak buat roket sahaja. Kita kena kembali kepada yang asas. Ulamak-ulamak kita dah lama bina modal insan dengan membina sekolah-sekolah. Kita sambut perjuangan itu.


Strategi 3 S Untuk Ummat Islam Bangkit

Strategic Sadaqah - satukan kuasa Sadaqah walaupun RM 10 sebulan

Strategic Savings - satukan kuasa Pelaburan bulanan serendah RM 100 sebulan

Strategic Spending - satukan kuasa beli sama kita, jual sama kita untuk bantu sama kita

Ayuh Bersama Membina Ekosistem Ekonomi Islam!


Coach Fadzil

#CoachFadzil #EkonomiIslam #MalakatEco


8 views0 comments