top of page

Best ker Sekolah Antarabangsa Islam Brainy Bunch Cyberjaya?


Ada yang bertanya review tentang sekolah kami nie.


Hari ini kami nak berikan fakta sebenar kelebihan Sekolah Antarabangsa Islam Brainy Bunch berbanding sekolah Islam lain terutama di Cyberjaya.


1. Fasiliti dan Infrastruktur Terbaik


- Bangunan milik sendiri, dibina di atas tanah 5 ekar dengan keluasan bangunan lebih 200,000 sqft.

- Kemudahan sukan lengkap termasuk padang bola, multipurpose court (bola keranjang, bola tampar, sepak takraw), dan kolam renang yang besar.

- Auditorium moden setaraf panggung wayang.

- Dewan besar yang dilengkapi sistem LED dan pencahayaan, boleh memuatkan lebih 1,000 pelajar.


2. Kurikulum dan Pengiktirafan Antarabangsa


- Sekolah Islam terbesar di Cyberjaya dengan 1,450 pelajar.

- Pusat peperiksaan Cambridge rasmi dan satu-satunya sekolah Islam di Cyberjaya dengan status ini.

- Aktif dalam sukan MSSD Sepang, mewakili pelajar di peringkat daerah.

- Brainy Bunch berdaftar dengan KPM sebagai Sekolah Antarabangsa. Bukan pusat tiusyen atau pusat perkembangan.


3. Program dan Aktiviti Harian


- Waktu persekolahan memudahkan IbuBapa yang bekerja, dari 8 pagi hingga 5 petang, termasuk makanan pagi, tengah hari, dan minum petang.

- Belajar 4 bahasa: Bahasa Inggeris, Arab, Melayu, dan Mandarin (dengan tenaga pengajar native speaker untuk Mandarin).

- Fokus pembangunan iman melalui solat, bacaan Quran, doa, selawat, zikir, dan ‘fitness training’ harian untuk membina rutin harian yang terbaik..

- Kem bulanan untuk pelajar High School bagi membina rutin disiplin dan keimanan.

- Pelbagai aktiviti tahunan menarik seperti Night Market, Sports Series, Educational Trips, Marathon Al-Quran, dan banyak lagi.



4. Keunikan Program Montessori dan Hafazan


- Montessori penuh untuk umur 2 hingga 12 tahun dengan kumpulan umur bercampur (2-3, 4-6, 7-9, 10-12).

- ⁠Pelajar kurang tekanan untuk belajar tetapi diterapkan keseronokan belajar.

- Personalised learning yang sesuai untuk tahap setiap anak; yang cepat tidak bosan, yang perlahan tidak tercicir.

- Program AKMAL (Akademi AlQuran Amlillah) Brainy Bunch membantu anak menghafal 30 juzuk Al-Quran dalam 12 bulan sebelum masuk ke High School. Sudah 58 Hufaz berjaya di lahirkan. BB satu-satunya yang menawarkan program Tahfiz Setahun di Cyberjaya.


5. Pencapaian Hebat Pelajar Kami


- Keputusan IGCSE cemerlang, dengan 25% pelajar mendapat straight A’s dalam peperiksaan IGCSE 2024.

- ⁠Hampir setiap tahun ada pelajar memenangi ‘Cambridge Outstanding Learner’s Award’

- ⁠Para pelajar memenangi pertandingan-pertandingan akademik pelbagai peringkat seperti ‘Kangaroo Maths’ dan ‘Kancil Competition’

 - Alumni berjaya melanjutkan pelajaran dan bekerja di Jepun, USA, UK, Belgium, dan negara lain.

- ada yang mendapat Anugerah Pelajar terbaik di Universiti mereka.


6. Sekolah K12 Apple Institution


- BB juga menawarkan Apple Education untuk semua pelajar. Mereka boleh mendapatkan harga Education untuk device Apple mereka dan Guru kami di latih oleh Apple.


7. Kelas dan Latihan Silat Gayong percuma untuk semua pelajar. Target kami semua pelajar untuk tamat dengan Belt Hijau InshaAllah!


Jadi, Adakah Sekolah Antarabangsa Islam Brainy Bunch adalah sekolah Islam yang terbaik?


Terpulang kepada anda untuk buat keputusan. Yang pasti Sekolah Antarabangsa Islam Brainy Bunch bukanlah sekolah yang hanya menekankan pencapaian akademik. Kalau nak akademik semata, sekolah kerajaan sudah mencukupi.


Tambah sahaja dengan tiusyen. Dah cukup.

Brainy Bunch berjuang untuk melahirkan anak yang terbangun 5 komponen diri mereka (Spiritual - Iman, Physical - Fitness, Intellectual, Creative dan Emosi)


Nak anak confident, independent, beriman, fit, kuasai fardhu ain, kalau anak lelaki dilatih jadi imam, jadi Khatib Jumaat, love learning dan happy to go to school. Pilih lah BB!


Jika ada keinginan untuk anak dididik, dibimbing dan dibantu dengan Kasih Sayang, Displin yang tinggi, dan usaha untuk bina rutin hidup orang beriman, jemput bersama sertai keluarga Brainy Bunch demi perjuangan untuk ‘Success In Both Worlds’.


 
 
 

Comments


© Coach Fadzil

bottom of page