COVID-19: MASA UNTUK BANGUN DAN BERTINDAK
Cyberjaya – MENGINSAFI wabak Covid-19 yang telah berlaku, umat Islam harus kembali apa yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad saw bahawa dunia sedang menuju ke akhir zaman. Ia bukanlah sesuatu yang tidak diketahui. Kebanyakan ulama telah nyatakan mengenai dunia akhir zaman. Dengar rakaman ceramah seperti Sheikh Imran Husein yang telah bercakap mengenai hal ini.

2. Kami di dalam projek Brainy Bunch, Raudhah City dan Malakat Mall memang sudah merancang membuat persediaan untuk berdepan dengan apa yang berlaku. Kita tidak tahu samada apa yang berlaku pada hari ini apakah ‘this is it’ (akhir zaman) atau kita masih punyai masa lagi.
PANDANGAN SEKIRANYA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIHENTIKAN
BAGAIMANA pun kita harus memikirkan bagaimana sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan ini dilanjutkan. Mengikut laporan kes-kes terbaharu Covid-19, ia tidak menunjukkan penurunan, namun ia juga tidak menunjukkan peningkatan yang ketara. Maknanya majoriti rakyat Malaysia telah mematuhi arahan pihak kerajaan.
4. Seeloknya, tempoh ini dilanjutkan kerana terdapat mereka yang tidak tahu yang mereka membawa penyakit sebab tiada tanda-tanda penyakit yang mereka alami. Barangkali jika arahan ini dihentikan, mereka yang tidak tahu mereka dihinggapi Covid-19 juga akan keluar dan menyebabkan penyakit ini merebak kembali apabila ia berjangkit kepada orang lain. Pada ketika itu kita mungkin berdepan dengan situasi yang lebih bahaya.
PENTINGNYA KITA MENYIMPAN STOK MAKANAN
TAPI apa yang kita perlu lakukan? Saya dan kawan-kawan sedang merancang untuk mewujudkan pelan sekuriti makanan. Sebab itu kita lancarkan Malakat Mall, Raudhah Grocer yang saya selalu sebut sebagai membina ekosistem ekonomi Islam yang baharu.
6. Ini adalah satu wake-up call yang kita tidak punya banyak masa. Dalam konteks akhir zaman, fasa-fasanya masih panjang. Cuma, apakah persediaan yang kita perlu lakukan agar diri dan keluarga kita terkawal?
7. Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia, KoPPIM bertujuan membina ekosistem baharu agar keluarga kita mendapat bekalan makanan asas.
8. Pakar ekonomi mengatakan, kerajaan harus gunakan apa jua simpanan yang ada supaya rakyat selamat. Negara-negara lain telah ambil langkah-langkah agar perniagaan-perniagaan tidak tutup dan masih mampu membayar gaji para pekerja mereka.
9. Apa yang anda patut lakukan sekarang? Kita tak boleh tunggu hingga ke penghujung baharulah kita nak ambil tindakan. Pada ketika itu kita tidak boleh bergantung pada orang lain kerana mereka juga terpaksa menjaga orang yang di sekeliling mereka yang terselamat.
10. Sepuluh hari yang lalu, kami tiada Raudhah Grocer dan juga Malakat Mall. Kami juga tiada ruang yang besar untuk menyimpan makanan. Tapi Subhanallah, ALLAH dah susun agar kita mainkan peranan dalam krisis sebegini untuk mewujudkan apa yang belum ada.
11. Walaupun ia tidak boleh menyelesaikan masalah seluruh negara, tetapi KoPPIM punyai perancangan 10 tahun yang akan membina satu sistem food security kepada keluarga yang terlibat, khususnya sejuta ahli-ahli KoPPIM.
12. Namun setelah berbincang dengan kawan-kawan, keadaan kini memaksa kita mempercepatkan apa yang kami rancangkan dalam masa tiga hingga enam bulan yang akan datang. Kalau pun Covid-19 ini berjaya dapat dihilangkan, kita tidak boleh menipu diri.
MENYATUKAN SUMBER KEWANGAN MEMBINA DANA
WALAUPUN keadaan dah pulih, namun ia tidak menjamin yang kita akan memperoleh pendapatan yang sama sepertimana sebelum wabak ini dalam tempoh terdekat. Kita tak boleh tunggu dengan hanya memikirkan bagaimana kita inginkan makanan dan pendapatan.
14. Jika sebelum ini kita berkempen untuk menyalurkan RM100 sebulan ke dalam KoPPIM, kini kita perlu menambah pelaburan. Koperasi ini adalah milik bersama. Kita akan mulakan kempen besar-besaran agar mereka yang belum menjadi ahli.
15. Pada kesempatan ini kita boleh daftar menjadi ahli KoPPIM dengan mendaftar di www.koppim.com.my. Dengan dana yang kita ada, kita aktifkan ke seluruh negara seperti bantuan kepada B40. Projek pertama mendapat sasaran lebih 100 %. Projek kedua dengan target mengumpul RM500,00 baharu dimulakan. Namun ia tidak mencukupi jika untuk sedekah sahaja.
16. Menurut perkiraan saya, kita perlukan RM300 sebulan untuk hidup berdasarkan harga hari ini. KoPPIM boleh beli terus dari kilang dan sediakan makanan kepada ahli-ahli. Apa yang patut kita lakukan ialah bertindak.
17. Kita kena bersatu dalam koperasi untuk menyelamatkan diri kita sekurang-kurangnya dengan bekalan makanan. Kita perlu wujudkan rangkaian makanan sekarang bukannya 3-5 tahun mendatang. Kita kena buat sekarang.
18. Kita kena lihat apa yang berlaku pada hari ini dengan kacamata yang realis dan rasional. Jadilah ahli KoPPIM dan sumbangkan 10 % simpanan yang ada untuk mewujudkan satu pelan sekuriti makanan untuk mempastikan kita ada perniagaan yang beroperasi.
19. Hari ini dalam sektor peruncitan lebih 60 % dikuasai oleh pelabur luar negara. Dalam keadaan sekarang kita perlu ambil alih pasaran agar pulangan balik itu dapat kita rasai melalui KoPPIM.
20. Tolong sebar luaskan saranan ini. Kita sedang merancang untuk mengagih bekalan di mana sahaja ahli-ahli kita berada. Ini satu wake-up call untuk semua. Kita harap akan dapat pertolongan dari mereka yang berada.
21. Pada masa inilah mereka harus tampil untuk bertindak. Pihak kerajaan memang ada perancangannya. Tetapi kita tak boleh tunggu. Kita akan buat apa yang kerajaan sarankan. Namun di peringkat kitya sebagai pengguna kita harus lakukan sesuatu.
22. Setakat ini dalam Projek Zero Hunger, kita telah menerima lebih 6,000 pemohon. Mengikut anggaran, pada hari ini ramai yang telah putus bekalan makanan. Mereka tiada wang untuk membeli. Mereka yang ada wang pun tidak boleh memberi kepada mereka kerana tiada maklumat siapakah mereka.
23. Kalau kita mempunyai kekuatan, kita boleh atasinya. Malakat Mall di Cyberjaya boleh membuat operasi meliputi Selangor kerana kondisinya yang cukup besar. Kita sudah arahkan bahagian perolehan untuk mendapa bekalan sebanyak mungkin samada Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan atau tidak.
24. Saya mohon sahabat-sahabat semua agar menjadi ahli KoPPIM. Sekiranya berlaku sesuatu yang lebih dahsyat, maka fokus KoPPIM ialah membantu ahli-ahli yang punyai saham di dalam koperasi. Apabila kita memperoleh keuntungan, maka keuntungan itu akan disalurkan kembali kepada ahli-ahli.
25. Sasaran 1,000,000 ahli adalah untuk seluruh negara. Laburlah saham sebagai sekuriti asas buat famili masing-masing.
26. Kami cuba berhubung dengan pengeluar, kilang dan juga penternak-penternak agar bila keadaan terjadi semakin parah ahli-ahali memperoleh makanan asas yang mencukupi. Ini waktu untuk bertindak, bukan berfikir.