top of page

Pensel bukan benda pertama yang patut anak pegang bila nak belajar menulis.


Kalau tangan belum bersedia, tulisan cuma jadi paksaan.


Di BB Campus, preschool dan playschool Brainy Bunch, kami tak terus suruh anak menulis walaupun mereka nampak berminat. Dalam pendekatan Montessori, menulis ialah hasil akhir, bukan langkah permulaan.


Masalah yang kerap berlaku ialah anak disuruh menulis terlalu awal.

Jari masih lemah.


Pergerakan masih kaku.

Akhirnya anak cepat letih, frust dan mula tak suka aktiviti menulis.

Bila ini berulang, keyakinan anak jatuh.


Bukan sebab mereka tak pandai.

Tapi sebab asas belum dibina.


Di Brainy Bunch, kami buat pivot dengan fokus pada fine motor development terlebih dahulu.

Anak latih jari melalui practical life.

Menuang air.


Memindahkan objek kecil.

Menggunakan apparatus Montessori yang menguatkan genggaman dan kawalan tangan.


Aktiviti ini nampak ringkas.

Tapi di sinilah otot kecil tangan dibina.

Koordinasi mata dan tangan diperhalus.

Dan fokus dilatih tanpa tekanan.


Bila tangan sudah kuat dan pergerakan lebih terkawal, barulah pensel diperkenalkan.

Pada tahap ini, anak menulis dengan lebih yakin.

Kurang stres.


Dan lebih kemas secara semula jadi.

Parents biasanya terkejut bila nampak perbezaannya.

Anak tak melawan bila diminta menulis.


Tak cepat penat.

Dan lebih bangga dengan hasil sendiri.

Di BB Campus, kami percaya menulis bukan tentang cepat.

Ia tentang bersedia.


Kalau awak nak anak melalui proses menulis yang betul dalam preschool dan playschool berteraskan Montessori, BB Campus semakin penuh dan pendaftaran Brainy Bunch dibuka sepanjang tahun.


Masuk pada masa yang tepat bantu anak belajar dengan lebih yakin dan tenang.


 
 
 

Comments


© Coach Fadzil

bottom of page