top of page

“Esok sekolah,” kita cakap.



Tapi pada anak, ayat itu tak bagi apa apa makna kalau kita tak pernah cerita apa maksud “sekolah” dalam dunia dia.


Ramai anak datang hari pertama ke BB Campus dalam keadaan zero brief.

Dia cuma dengar, “Esok pergi tadika.”

Dia tak tahu siapa tunggu di sana, apa bakal jadi, ibu duduk sekali ke tak, bila ibu datang ambil.


Bila semua benda kabur, otak dia isi ruang kosong itu dengan takut.


Itu sebabnya pagi di pagar selalu jadi tegang.


Anak pegang tangan ibu, tak mahu lepas.


Ibu pula janji, “Ibu tunggu sini je,” walaupun sebenarnya nak terus ke tempat kerja.


Bila anak sedar ibu “hilang”, rasa percaya dia mula goyang.


Pivot dia di sini mudah komunikasi yang jelas sebelum hari pertama.


Beberapa hari sebelum masuk tadika, duduk dengan anak dan cerita pelan pelan.


“Esok kita ke BB. Ada ramai kawan. Ada aunty yang jaga dan ajar. Ibu hantar sampai depan pintu, lepas tu ibu pergi kerja. Nanti lepas makan / lepas tidur, ibu datang ambil balik.”


Ulang cerita yang sama setiap hari supaya otak dia boleh “nampak” hari esok.



Beri ruang untuk dia tanya soalan.


“Awak takut apa?”


“Awak rasa macam mana bila ibu pergi kerja?”


Bila kita dengar dan jawab, anak rasa difahami, bukan disuruh “jangan nangis” semata mata.



Lagi satu yang penting


jangan guna sekolah sebagai ugutan.


“Asyik tak dengar kata, hantar pergi sekolah baru tahu.”


Ayat macam ni tanam imej tadika sebagai tempat hukuman, bukan tempat seronok belajar dan disayang.


Di Brainy Bunch, aunty akan sambung komunikasi ini.


Kami panggil nama anak, terangkan rutin, beritahu apa akan jadi lepas ni.


Bila di rumah pun ibu ayah bercakap jujur dan konsisten, anak jauh lebih mudah sesuaikan diri dengan rutin BB.


Payoff dia?


Anak datang dengan expectation yang jelas.


Dia mungkin tetap ada air mata di hari pertama, tapi dia tahu siapa aunty, apa aktiviti, dan yang paling penting dia yakin, “Lepas habis sekolah, ibu ayah akan datang ambil aku balik.”


 
 
 

Comments


© Coach Fadzil

bottom of page