Graduan Paling Comel di Atas Karpet Merah
- Coach Fadzil
- 5 days ago
- 1 min read

Setiap kali sesi graduasi YEC bermula, suasana tiba-tiba terasa macam konvokesyen universiti betul.
Dimulakan dengan barisan pengurusan Brainy Bunch yang berjalan masuk dengan penuh hormat ala-ala 'professor walk-in' suasana terus jadi meriah. Ibu ayah pun siap ada yang berdiri macam nak bagi “standing ovation”.
Dan bila tiba giliran graduan kecil ini…
Di sinilah momen paling comel mengambil alih seluruh dewan.
Anak-anak melangkah di atas karpet merah dengan muka paling serius dalam sejarah hidup mereka. Langkah perlahan, tangan di sisi, topi mortarboard kadang-kadang senget, kadang hampir jatuh tapi tetap jalan yakin macam mereka baru habis PhD.
Di tepi karpet, ibu ayah pula tak kurang hebatnya. Ada yang squat macam jurukamera National Geographic. Ada yang zoom sampai nampak bulu mata anak. Ada yang jerit panggil nama anak dia... walaupun semua orang memang tahu itu bukan anak orang lain.
Hari ini, kita nampak perjalanan yang panjang, anak yang dulunya menangis hari pertama sekolah, yang dulu tak pandai duduk diam, yang dulu peluk kaki ibu sebelum masuk kelas…
Hari ini, mereka berjalan sendiri di atas karpet merah, di depan ratusan orang, seolah-olah dunia ini tak ada apa nak ditakutkan.
Dan bila mereka naik ke pentas nanti walaupun topi mungkin jatuh, walaupun langkah mungkin sumbang satu perkara tetap sama, mereka telah membesar lebih jauh daripada apa yang kita bayangkan.
Mungkin laluan karpet merah itu pendek, tapi bagi ibu ayah itulah perjalanan kecil yang akan terus dikenang selamanya.
Ada tak gambar atau video anak anda “catwalk” di karpet merah YEC?



Comments