top of page

Jangan Biarkan Anak “Pilih” Agama Mereka


Ramai ibu bapa hari ini terlalu awal memberi kebebasan kepada anak-anak untuk “memilih”, sedangkan pada usia tertentu, anak belum layak membuat keputusan besar tentang kehidupan dan agama.


Sebagai orang beriman, kita telah diajar oleh Nabi ﷺ bagaimana mendidik anak supaya taat kepada Allah dan berusaha hidup mengikut cara Nabi.


Apa maksud “jangan biarkan anak pilih agama mereka”?


Ianya bukan bermaksud membenarkan anak memilih agama lain.

Anak orang Islam tetap Islam. Tiada Ibu Ayah yang benarkan anak pilih Agama.


Nabi kata


Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci).

Maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.


Jadi memang cara didikan kita akan tentukan Agama anak kita.


Persoalannya ialah:

• Islam yang bagaimana?

• Bangun solat Subuh atau bangun pergi sekolah?

• Jaga aurat kerana perintah Allah atau sekadar ikut fesyen?

• Agama sebagai teras hidup atau sekadar aksesori?


Kesilapan besar yang ramai ibu bapa buat


Ramai ibu bapa tak mahu “memaksa” anak pada usia yang sepatutnya dipaksa:

• Tak paksa solat

• Tak paksa tutup aurat diumur yang betul.

• Tak paksa selawat, zikir dan doa


Alasannya:


“Tak nak iman yang dipaksa. Biar anak buat sendiri bila mereka faham.”


Akibatnya?

• Anak sudah baligh tapi aurat masih tak dijaga

• Solat kerap tertinggal

• Agama hanya jadi sebahagian kecil daripada hidup


Jadi, apa yang sepatutnya kita buat?


FASA 1: PAKSA (Umur 4 – 9 tahun)


Ini fasa asas.


Anak perlu:

• Dipaksa secara bersistem

• Diajak dan diajar mengenal:

• Allah & Nabi ﷺ

• Halal & haram

• Wajib & sunnah

• Solat, al-Quran, zikir, doa

• Rukun Iman & Rukun Islam

• Aurat dan niat kerana Allah


Pada fasa ini:

👉 Mereka tak perlu faham sepenuhnya.

👉 Mereka belajar dan beramal kerana dibimbing & dipaksa.


FASA 2: TERBIASA (Umur 10 – 14 tahun)


Ini fasa latihan konsisten.

• Amalan dilakukan setiap hari

• Anak tahu ibu ayah akan tetap mengingatkan

• Nada suara ibu ayah saja sudah cukup untuk mereka faham

• Mereka tak memberontak, kerana sudah terbiasa


Amalan agama mula menjadi rutin hidup, bukan paksaan asing.


FASA 3: RASA


Inilah fasa yang ramai tak sempat capai.


Jika dua fasa awal dilakukan dengan betul, insya-Allah:

• Anak mula merasai nikmat solat

• Nikmat jaga amal

• Nikmat doa

• Nikmat selawat

• Nikmat menutup aurat


Mereka:

• Yakin Allah bersama mereka

• Solat bukan lagi “speed train”

• Doa jadi momen yang ditunggu

• Selawat dilakukan kerana rindu kepada Nabi ﷺ


Kalau dah terlepas macam mana?


Anak dah besar?


👉 Copy-paste tulisan ini

👉 Kongsi dengan anak-anak

👉 Duduk dan bincang dengan tenang


Terangkan bahawa:


Kita sebagai ibu bapa hanya mahu mereka menjadi anak soleh,

dicintai dan dijaga oleh Allah,

berjaya di dunia dan di akhirat.


Pengakuan jujur saya sebagai ibu bapa


Saya juga tidak sempurna.


Selama hampir 15 tahun membina Brainy Bunch,

dengan niat anak-anak menjadi anak soleh,

barulah saya benar-benar faham proses sebenar mendidik anak.


Banyak kesilapan strategi.

Nak betulkan semula bukan mudah,

tetapi kita tetap usaha.


Tiada jaminan 100% berjaya.

Tetapi yakinlah, Allah akan bantu orang yang bersungguh-sungguh.


Semoga semua ibu ayah berjaya mendidik anak:

• Taat kepada Allah

• Mengikut cara Nabi ﷺ

• Berjaya di dunia dan di akhirat


Ameen Ya Rabbal ‘Alamin.


Fadzil

Pengasas Brainy Bunch



Ps: Untuk mendidik anak mula menjaga aurat, kita boleh ikut cara masing2. Yang paling

Minima bila dah baligh wajib jaga aurat. Masa umur 4 hingga 9 tahun mereka dibiasakan dan dingatkan bila baligh

Wajib jaga aurat. Semoga berjaya!

 
 
 

Comments


© Coach Fadzil

bottom of page