top of page

Program Transformasi Anak2 B40!


ree

Empat tahun lalu, dengan sokongan para Ibu Bapa Brainy Bunch, kami melancarkan projek perintis Tadika Rakyat  tadika berkualiti tinggi dengan yuran RM150 di Putra Perdana, Puchong.


Kami percaya bahawa kualiti pendidikan awal kanak-kanak adalah hak setiap anak, tanpa mengira latar keluarga.


Kini, Tadika Rakyat dijenamakan semula sebagai Brainy Mastery Centre, dan kami sudah bersedia untuk menawarkan program ini ke seluruh negara.



Melihat anak-anak ini menikmati peluang pendidikan yang setara dengan pelajar Brainy Bunch benar-benar menyentuh hati. Rasa sebak dan syukur melihat mereka mendapat manfaat yang mungkin selama ini mereka tidak dapat kecapi.


Terima kasih kepada seluruh Ibu Ayah Brainy Bunch. Berkat sokongan anda, kami dapat membantu lebih ramai anak-anak daripada keluarga B40.

ree

Doakan kami agar dapat membantu 100,000 anak-anak keluarga B40 melalui Brainy Mastery Centre, sebuah program yang memastikan mereka menguasai:


  1. English

  2. Bahasa Malaysia

  3. Matematik

  4. Asas Agama, Solat & Quran


Semua ini dengan yuran tadika bulanan RM150 sahaja.


Ya Allah, permudahkanlah usaha ini. Limpahkanlah ganjaran kebaikan kepada semua Ibu Ayah Brainy Bunch yang sentiasa bersama kami.


Ameen Ya Rabb!


 
 
 

Comments


© Coach Fadzil

bottom of page