top of page

Ramai ibu ayah sibuk nak anak ada rasa malu.


ree

Tapi persoalannya, ibu ayah sendiri ada rasa malu atau tidak?


Anak belajar bukan dari apa yang kita cakap, tapi dari apa yang kita buat. Kalau depan anak kita selamba, jangan pelik bila mereka pun ikut jadi selamba.


Beberapa perkara asas yang ramai ibu ayah pandang ringan tapi sangat penting kalau nak tanam sifat malu dalam diri anak:


1. Elakkan tukar baju depan anak. Tutup pintu bilik, jangan selamba tukar baju di ruang tamu atau dapur. Anak perlu nampak bahawa menukar baju itu sesuatu yang peribadi, bukan tontonan umum.


2. Jaga cara berpakaian di rumah. Apa yang biasa kita pakai masa bujang tak sesuai bila anak dah membesar. Jangan pakai baju jarang atau seksi depan anak atas alasan "kat rumah je pun." Pakaian seperti itu hanya untuk dalam bilik tidur suami isteri.


3. Keluar bilik air dengan pakaian sopan, jangan berkemban. Sebab itu bilik tidur anak perlu diasingkan seawal umur 3 tahun.


4. Gurauan suami isteri depan anak ada batasnya. Anak perlu nampak kasih sayang ibu ayah, seperti ciuman di dahi atau pelukan ringan. Itu buat mereka rasa selamat, tapi jangan lebih daripada itu.


5. Menyusu anak kecil perlu di tempat tertutup. Elakkan menyusu depan abang atau kakaknya. Beritahu anak dengan baik, ummi nak menyusu adik sebentar dalam bilik.


6. Kalau terpaksa mandi dengan anak, pakai kain basahan. Sebaiknya elakkan mandi bersama anak. Siapkan anak dahulu, minta pasangan jagakan, baru mandi.


7. Jaga pandangan. Jangan selamba tengok adegan peluk cium atau pelakon seksi depan anak. Bila kita buat seolah-olah normal, anak pun anggap perkara itu biasa.


Hakikatnya, malu itu bukan boleh dipaksa. Ia lahir daripada apa yang anak lihat setiap hari. Bila kita jaga perbuatan, anak akan tiru. Malu ini bukan sekadar malu pada manusia, tapi malu pada Allah.


Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sifat malu adalah sebahagian daripada iman.” Dan baginda juga berpesan, “Jika kamu tidak mempunyai rasa malu, maka lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu.”


Malu itu perisai. Kalau kita mahu anak ada perisai itu, kita sendiri mesti jadi contoh terlebih dahulu.


Brainy Bunch


 
 
 

Comments


© Coach Fadzil

bottom of page