top of page
Writer's pictureCoach Fadzil

SURAT TERBUKA KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA




Assalammualaikum wbt!


Wahai Perdana Menteri Kami, Dato Seri Ismail Sabri,

Mohon bacalah surat terbuka ini dengan hati yang terbuka.

Kami rakyat marhaen sangat cintakan Negara ini!

Tetapi tekanan demi tekanan benar-benar merungsingkan kami.


Berikut adalah situasi sebenar yang berlaku di dalam pemerintahan kerajaan yang Dato Seri terajui:


  1. Sektor SME menyumbang 65% daripada pekerjaan Negara

  2. Tetapi Undang-Undang dan prosedur menjalankan perniagaan di dalam Negara ini amatlah sukar untuk dipatuhi.

  3. Terlalu banyak prosedur dan birokrasi yang perlu kami lalui.

  4. Kebiasaannya hampir mustahil untuk diikuti.

  5. Ini mewujudkan Rasuah sebagai solusi biasa.

  6. Proses mendapatkan sesuatu permit atau lesen biasanya mengambil masa yang terlalu lama.

  7. Ini meningkatkan KOS operasi dan KOS permulaan yang tinggi.

  8. PKP yang terlalu lama telah membunuh puluhan ribu syarikat.

  9. Gaji minima yang baru diperkenalkan di tambah pulak dengan pengenalan peraturan baru mengurangkan waktu bekerja pekerja yang semakin sukar untuk didapati.

  10. Syarikat Asing dan Besar terus mendapat subsidi/insentif cukai/dana/projek berbillion dari Kerajaan.

  11. Syarikat kecil terus ditekan dan dipijak oleh pelbagai agensi kerajaan.

  12. Tiada peri kemanusiaan untuk cuba memahami situasi kami yang sedang berusaha keluar dari kesan PKP yang merobek seluruh kekuatan kewangan syarikat.

  13. Saman, Denda dan ugutan dari pelbagai agensi menjadi rutin harian kami golongan marhaen.

  14. Kerajaan sibuk ingin mengikut polisi dan peraturan Negara maju.

  15. Walaupun hakikatnya Negara kita belum mencapai status Negara maju.

  16. Singapura dijadikan contoh walaupun hakikat sebenar kita sudah terlalu jauh berundur kebelakang.

  17. Ringgit terus melemah dan menjunamkan kuasa beli rakyat.

  18. Inflasi menggila melemahkan perbelanjaan rakyat.

  19. Hasilnya rakyat tidak mampu membayar Cukai yang telah mengakibatkan Negara tidak cukup pendapatan.

  20. Syarikat Asing masih terus dibiarkan menjarah kekayaan Negara.

  21. Mereka terus diraikan dan diberi pelbagai kelonggaran walaupun rakyat sendiri hampir mati kelaparan. Persis Kera di hutan di susukan, Anak sendiri mati kelaparan!

  22. Kerajaan terus berpihak kepada golongan ‘Kapten Syers’ sedangkan golongan ‘Mat Kilau’ yang berjuang cuba dibunuh secara tidak sedar.

  23. Dengarlah rayuan kami.

  24. Kasihanilah kami rakyat marhaen!


Saya ingin menjemput Dato Seri dan barisan pimpinan Negara untuk turun kebawah bersama kami.


Kami masih yakin Dato Seri masih mampu mengubah situasi semasa.

Kami sangat yakin Dato Seri tidak mendapat maklumat yang tepat.


Ekonomi kita tanggungjawab kita bersama!

Jika dapat kita satukan Usaha!

Pasti kita dapat membina Negara yang lebih berjaya!

Kami cintakan Negara ini!


Terima kasih kerana sudi membaca!

Mohon kawan-kawan terus bersuara!

Semoga ada sinar buat kita semua!


Yang Benar,

Coach Fadzil

Pengasas Malakat Mall & Kumpulan Brainy Bunch



103 views0 comments

Comments


bottom of page