top of page
Writer's pictureCoach Fadzil

Surat Terbuka Pada Ibu Bapa Brainy Bunch

Assalammualaikum wbt,

Yang DiCintai dan DiKasihi Saudara-SaudaraKu IbuBapa anak-anak Brainy Bunch.

Saya Mohd Fadzil Hashim juga dikenali sebagai Coach Fadzil, Pengasas Kumpulan Pendidikan Brainy Bunch, Raudhah City, Malakat Mall, Raudhah Grocer, Raudhah College dan lebih 20 syarikat lain. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada Brainy Bunch. Kami sedar masih banyak yang perlu kami perbaiki.

Sebagai IbuBapa pastinya kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Perjuangan Brainy Bunch bukan hanya sekadar untuk menyediakan pendidikan asas yang terbaik tetapi untuk menyediakan peluang untuk IbuBapa dan anak-anak Brainy Bunch mencapai kejayaan yang terbaik di dunia demi untuk berjaya di alam akhirat.

Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menjemput ANDA untuk bersama kami berjuang untuk mengembalikan kegemilangan ekonomi Islam dengan membina ekosistem baharu ekonomi Islam.

Lebih 62 tahun negara kita merdeka. Selepas penjajahan beratus tahun, Umat Islam di negara kita semakin terhimpit dan makin mengecil penguasaan ekonomi negara. Mengikut data yang diumumkan kerajaan pada tahun lepas, peratusan pemilikan ekuiti korporat negara telah menunjukkan penurunan penguasaan dari 18% ke 16%. Walaupun sasarannya ialah untuk menguasai 30% ekuiti korporat, sasaran dijadikan matlamat utama dalam Dasar Ekonomi Baru.

Meneruskan usaha yang sama walaupun jelas gagal berkali-kali mencapai matlamat yang ditetapkan adalah kegilaaan yang melampau.

Saya dan pasukan pengurusan berusaha menyelami teras masalah yang berlaku. Kerajaan telah membelanjakan lebih 1 trillion ringgit untuk membantu tetapi akhirnya sejumlah besar dana ini hanya ,memanfaatkan segelintir elit Melayu sahaja. Tapi ini bukan punca utama kenapa orang Islam di negara kita sangat jauh tertinggal dalam ekonomi.

Mengikut kajian kami, punca utama kenapa penguasaan ekonomi kita lemah adalah disebabkan kita tidak menguasai pasaran sektor runcit negara. Bayangkan, dari jumlah perbelanjaan runcit tahun 2019 yang bernilai RM 110 Billion, kita hanya mendapat 8% syer dari pasaran runcit negara. 60% pula dikuasai oleh syarikat asing!

Sektor runcit bukan lah sektor yang memerlukan kehebatan teknologi yang luar biasa!

Mengikut penelitian kami, mereka yang menguasai ekonomi sektor runcit akan terus menguasai ekonomi negara. Ini adalah disebabkan perbelanjaan runcit memberi impak berganda dalam ekonomi. Setiap RM 1 yang dibelanjakan, nilai sebenar dalam ekonomi adalah RM 3 (minima). Bermakna jika nilai perbelanjaan runcit kita RM110 billion, nilai sebenarnya ialah RM 330 Billion!

Mengapa kita lemah dalam sektor runcit? Kebanyakan peniaga kita memfokus kepada pembekalan kepada kerajaan dan GLC. Sektor runcit hanya untuk mereka yang berniaga di pasar malam, pasar tani dan terkini, peniaga online.

Kita tidak berniaga di dalam Mall! Transaksi besar berlaku di dalam Mall. Lihat sahaja hari pertama Tesco dibuka di Kelantan. Nilai transaksi mencecah RM 1juta!

Ya, tidak dinafikan terdapat beberapa jenama runcit milik orang kita yang berjaya. Tetapi mereka hanya berniaga secara sendirian tanpa usaha untuk membina kejayaan bersama. Nilai perniagaan mereka masih terlalu kecil jika dibandingkan dengan nilai pasaran sebenar. Bagaimana hebat pun mereka, jika tidak bersatu dalam usaha terancang, ianya tidak akan menjadi kuasa yang besar.

Umum setuju bahawa sangat sukar ingin menyatukan orang kita. Tapi saya berharap agar kita semua tidak putus asa berusaha.

Sebab utama kenapa kurangnya orang kita berniaga di dalam Mall adalah disebabkan kurangnya peluang yang disediakan untuk orang kita. Sewa samada terlalu tinggi atau dihalau keluar sesuka hati apabila mereka mendapat tawaran sewa yang lebih tinggi dari peniaga lain. Ini bukanlah suatu yang pelik kerana mereka terikat dengan sistem ekonomi kapitalis yang mengutamakan keuntungan semata-mata.

Maka Alhamdulillah, Allah hadirkan idea kepada kami untuk wujudkan suatu pelan terancang berpandukan apa yang baginda Nabi Muhammad SAW tercinta kita lakukan.

Islam hadir di ketika masyarakat Jahilliyah berada dalam keadaan yang sangat dahsyat. Usaha awal Baginda Nabi tercinta ialah memfokus kepada pendidikan keimanan kepada Allah dan Rasul terakhir. Setelah diuji dengan pelbagai cabaran, maka perintah Hijrah diberikan Allah SWT.

Kumpulan pendidikan Brainy Bunch cuba melakukan perkara yang sama dengan mendidik anak-anak kecil untuk menyintai Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah Ulama-Ulama kita berjaya mengekalkan pendidikan Islam dengan pelbagai madrasah didirikan bagi memastikan pendidikan yang Nabi bina asasnya dapat diteruskan.

Bagaimanapun, peringkat kedua tindakan Nabi berHijrah sangat kurang diamati dan dilakukan. Beberapa gerakan seperti Kumpulan Ikhwan berjaya mengambil Ibrah Hijrah dengan mewujudkan perkampungan Ikhwan yang menjadi contoh kejayaan yang dinikmati apabila bersatu dan bersama.

Dengan semangat dan niat yang sama, Raudhah City dilancarkan. Tujuannya ialah untuk menyatukan semangat dan membina masyrakat Madani yang berteraskan semangat generasi model sahabat yang meninggalkan kemewahan Makkah dan memulakan hidup baru bersama Baginda Rasulullah SAW di Madinah atas keimanan kepada Allah SWT.

300 unit rumah teres dilancarkan untuk menawarkan golongan pertama membina model kehidupan Islamik yang moden dan berjaya. Idea yang kami cetuskan enam tahun yang lalu kini menjadi realiti. Kami sangat-sangat berhasrat agar kita berusaha untuk bersama-sama kami dalam kelompok awal untuk tinggal bersama dan menyokong usaha ini. Pusat Komuniti Firdaus akan dibina dengan solat kapasiti 800 orang akan menjadi model yang menuruti peranan masjid yang dibina Nabi selepas Hijrah. Fasa ketiga pula akan menempatkan lebih 10,000 penduduk dengan harga mampu milik bermula dengan harga RM300,000.

Peringkat ketiga yang dilakukan Baginda adalah membina Pasar Islam sendiri apabila melihat pasaran sedia ada dikuasai oleh Yahudi.

Malakat Mall diwujudkan atas niat yang sama. Malakat Mall menyasarkan 15,000 keluarga akan membelajakan purata RM1,667 sebulan atau RM20,000 setahun. Ini akan memberikan nilai jualan satu Malakat Mall minima RM300 juta. Dengan menyasarkan 100 Mall, jumlah jualan akan mencecah minima RM 30 billion yang bersamaan hampir 30% penguasaan sektor runcit negara.

100 Raudhah City akan dibina beserta 100 Malakat Mall dan 5,000 Raudhah Grocer pula akan memastikan bahawa projek ini akan berjaya.

Menyedari bahawa modal yang sangat besar dan tidak mungkin mana-mana individu mampu menggalas tanggungjawab besar ini, Datuk Nadzim Johan (Toqqi) menyerahkan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KOPPIM) untuk dijadikan platform penyatuan kuasa simpan dan kuasa beli umat Islam.

Kami menyasarkan 1 juta ahli yang membeli RM 100 saham sebulan untuk tempoh 10 tahun. Kami menyasarkan untuk membina upaya menawarkan gaji minima RM 5,000 sebulan dan pendapatan pasif dari dividen Kooperasi RM 5,000 sebulan kepada 1 juta ahli dalam tempoh 10 tahun.

Kami juga akan berupaya menyediakan ruang dan peluang dalam melahirkan 100 ribu usahawan berjaya dalam ekosistem kita sendiri tanpa perlu bergantung harap kepada orang lain.

Semua ini pasti akan berjaya jika semua SAUDARA kita seperti ANDA bersatu dengan kami.

Kita ketepikan perbezaan yang ada dan fokus kepada CINTA persaudaraan yang diikat oleh agama kita.

Saya menjemput SAUDARA untuk berhijrah ke Raudhah City untuk menyatu dan bersama sebagaimana sahabat-sahabat Nabi bersatu dalam peristiwa Hijrah. Apabila kita solat bersama setiap hari sebagaimana para sahabat, pastinya kekuatan cinta sesama saudara akan menjadi kekuatan yang luar biasa.

Daftar sebagai ahli Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KOPPIM) secara online di www.koppim.com.my. Ajak lah semua rakan-rakan untuk bersama dalam perjuangan membina Ekosistem Ekonomi Islam yang baharu bagi mengembalikan kekuatan ekonomi umat Islam di negara tercinta ini.

RM 100 sebulan boleh kembalikan kuasa Ekonomi Islam! RM 100 sebulan boleh wujudkan 1,000,000 Pengguna Islam miliki kekayaan bernilai RM1.2 Juta dalam 10 tahun! RM 100 sebulan boleh selamatkan 1,000,000 Pengguna Islam dari RIBA! RM 100 sebulan boleh wujudkan 100,000 peluang Usahawan untuk PASTI berjaya! RM 100 sebulan sahaja diperlukan untuk Kita BINA Ekosistem Ekonomi Islam RM 100 sebulan sahaja untuk SAUDARA menjadi Pejuang Islam! Ayuh Bangkit Bersama! Demi AGAMA! Ayuh Kita Berjuang! Menegakkan Ekonomi Islam! Daftar Jadi Ahli Koperasi Pembangunan Pengguna Islam (KOPPIM) Daftar di link dibawah: https://www.koppim.com.my/daftar/ref/CoachFadzil/ ajak kawan-kawan dan SAUDARA! Ya Allah, terimalah Saksi usahaku untuk mengembalikan kekuatan Ekonomi Islam yang sudah beratus tahun LEMAH! Kau bukalah hati SAUDARA-SAUDARAKU untuk bersatu dan bertindak bersama-sama dalam PERJUANGAN INI! Hanya RM100 Sebulan! Yang Menyintaimu SAUDARA-SAUDARAKU! Demi Allah! Hamba Allah! Coach Fadzil #CoachFadzil #HanyaRM100 #KOPPIM #KebangkitanEkonomiIslam #MalakatMall

Coach Fadzil Hamba Allah Pendekar Ekonomi dan Pendidikan Islam 0193303849 Facebook.com/fadzilhashim Instagram : coachfadzil https://www.koppim.com.my/daftar/ref/CoachFadzil/

62 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page