Assalammualaikum wbt.
Yang dihormati SAUDARA-SAUDARA sekalian tokoh masyarakat yang bijaksana,
Izinkan saya memperkenalkan diri. 🎯 Saya Mohd Fadzil Hashim yang juga dikenali sebagai Coach Fadzil adalah Pengasas Kumpulan Pendidikan Brainy Bunch, Raudhah City, Malakat Mall, Raudhah Grocer, Raudhah College dan lebih 20 syarikat lain.
Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menjemput SAUDARA untuk bersama kami berjuang untuk mengembalikan kegemilangan ekonomi Islam dengan membina ekosistem baharu ekonomi Islam.
🎯 Bagaimana? Izinkan saya lakarkan sedikit ideanya.
Sudah lebih 62 tahun negara kita merdeka. Selepas penjajahan beratus tahun, Umat Islam di negara kita semakin terhimpit dan makin mengecil penguasaan mereka kepada ekonomi negara.
Mengikut data yang diumumkan kerajaan pada tahun lepas, peratusan pemilikan ekuiti korporat negara telah menunjukkan penurunan penguasaan dari 18% ke 16%. Sasaran asalnya ialah untuk menguasai 30% ekuiti korporat, iaitu sasaran dijadikan matlamat utama dalam Dasar Ekonomi Baru.
Meneruskan usaha yang sama walaupun jelas gagal berkali-kali mencapai matlamat yang ditetapkan adalah suatu kegilaan yang melampau.
Saya dan pasukan kami berusaha menyelami teras masalah yang berlaku. Kami menganggarkan kerajaan telah membelanjakan lebih 1 trillion untuk membantu orang Melayu.
Tetapi akhirnya sejumlah besar dana ini hanya mampu memanfaatkan segelintir elit Melayu sahaja. Namun ini bukan punca utama kenapa orang Islam di negara kita sangat jauh tertinggal dalam ekonomi.
🎯 Kajian pasaran
Mengikut kajian kami, punca utama mengapa penguasaan ekonomi kita lemah adalah disebabkan kita tidak menguasai pasaran sektor runcit negara. Bayangkan, dari jumlah perbelanjaan runcit tahun 2019 iaitu RM110 billion, kita hanya mendapat 8% syer dari pasaran runcit negara. 60% dikuasai oleh syarikat asing!
Sektor runcit bukanlah sektor yang memerlukan kehebatan teknologi yang luar biasa!
Mengikut penelitian kami, mereka yang menguasai ekonomi sektor runcit akan terus menguasai ekonomi negara. Ini adalah disebabkan perbelanjaan runcit memberi impak berganda dalam ekonomi.
Setiap RM1 yang dibelanjakan, nilai sebenar dalam ekonomi adalah RM3 (minima). Ini bermakna, jika nilai perbelanjaan runcit kita RM110 billion, nilai sebenarnya ialah RM 330 Billion!
🎯 Mengapa kita lemah dalam sektor runcit?
Kebanyakkan peniaga kita memfokus kepada pembekalan kepada kerajaan dan GLC. Sektor runcit dibiarkan hanya untuk mereka yang berniaga di pasar malam, pasar tani dan terkini secara online.
Kita tidak berniaga di dalam ‘Mall’ sedangkan transaksi besar berlaku di dalam Mall. Lihat sahaja hari pertama Tesco di buka di Kelantan baru-baru ini. Nilai transaksinya mencecah RM 1juta!
Ya, tidak dinafikan terdapat beberapa jenama runcit milik orang kita yang berjaya. Tetapi mereka hanya berniaga secara sendirian tanpa berusaha untuk membina kejayaan bersama. Nilai perniagaan mereka masih terlalu kecil jika dibandingkan dengan nilai pasaran sebenar. Bagaimana hebat pun mereka, jika tidak bersatu dalam usaha terancang, ianya tidak akan menjadi kuasa yang besar dan hebat.
🎯 Sistem Ekonomi Kapitalis
Umum setuju bahawa sangat sukar jika ingin menyatukan orang kita. Tapi saya sentiasa berusaha agar kita semua tidak putus asa.
Sebab utama kenapa kurangnya orang kita berniaga di dalam ‘Mall’ adalah kerana kurangnya peluang yang disediakan untuk orang kita. Sewanya samada terlalu tinggi atau di halau keluar sesuka hati apabila mereka mendapat tawaran sewa yang lebih baik dari peniaga lain.
Ini bukanlah suatu yang pelik kerana mereka terikat dengan sistem ekonomi kapitalis yang mengutamakan keuntungan semata-mata.
🎯 Pelan Terancang 10 Tahun
Maka Alhamdulillah, ALLAH SWT hadirkan idea kepada kami untuk wujudkan suatu pelan terancang berpandukan apa yang baginda Nabi Muhammad SAW tercinta kita lakukan. Kita mendapat iktibar dari sejarah Rasulullah SAW.
Islam hadir di ketika masyarakat Jahilliyah berada dalam keadaan yang sangat dahsyat. Usaha awal Baginda Nabi tercinta memfokus kepada pendidikan keimanan kepada Allah sebagai Rasul yang terakhir. Setelah diuji dengan pelbagai cabaran, maka perintah Hijrah diberikan Allah.
🎯 Kumpulan pendidikan Brainy Bunch cuba melakukan perkara yang sama dengan mendidik anak-anak kecil kita menyintai ALLAH SWT dan Nabi Muhammad SAW.
Bagaimanapun, peringkat ke dua tindakan Nabi berhijrah sangat kurang diamati dan dilakukan. Beberapa gerakan seperti Kumpulan Ikhwan berjaya mengambil Ibrah Hijrah dengan mewujudkan perkampungan Ikhwan yang menjadi contoh kejayaan yang dinikmati apabila bersatu dan bersama.
🎯 Dengan semangat dan niat yang sama, Raudhah City dilancarkan.
Ia bertujuan untuk menyatukan semangat dan membina masyarakat Madani. Dan ia juga berteraskan semangat generasi model sahabat yang meninggalkan kemewahan Mekah dan memulakan hidup baru bersama Baginda RasuluLLAH di Madinah atas keimanan kepada ALLAH SWT.
300 unit rumah teres dilancarkan untuk menawarkan golongan pertama membina model kehidupan Islamik yang moden dan berjaya. Idea yang kami cetuskan enam tahun yang lalu kini menjadi realiti.
Kami sangat-sangat berhasrat agar SAUDARA yang budiman bersama-sama kami dalam kelompok awal untuk tinggal bersama dan menyokong usaha ini.
🎯Pusat Komuniti Firdaus akan dibina dengan kapasiti solat untuk 800 orang akan menjadi model yang menuruti peranan Masjid yang dibina Nabi selepas Hijrah.
Fasa ketiga juga akan menempatkan lebih 10,000 penduduk dengan harga mampu milik bermula RM300,000.
🎯 Bina Pasar Islam
Peringkat ketiga yang dilakukan Baginda adalah membina Pasar Islam sendiri apabila melihat pasaran sedia ada dikuasai oleh Yahudi.
Malakat Mall diwujudkan atas usaha yang sama. Malakat Mall menyasarkan 15,000 keluarga akan membelanjakan purata RM1,667 sebulan atau RM20,000 setahun. Ini akan memberikan nilai jualan satu Malakat Mall minima RM300 Juta. Dengan menyasarkan 100 Mall, jumlah jualan akan mencecah minima RM 30 billion yang bersamaan hampir 30% penguasaan sektor runcit negara.
100 Raudhah City akan dibina beserta 100 Malakat Mall dan 5,000 Raudhah Grocer akan memastikan bahawa projek ini akan berjaya.
🎯 Platform Dana Menyedari bahawa modal yang sangat besar dan tidak mungkin mana-mana individu mampu menggalas tanggungjawab besar ini, Datuk Nadzim Johan (Toqqi) menyerahkan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia untuk dijadikan platform penyatuan kuasa simpan dan kuasa beli Umat Islam.
Kami menyasarkan 1 Juta ahli yang membeli RM100 saham sebulan untuk tempoh 10 tahun. Kami menyasarkan untuk membina upaya menawarkan gaji minima RM5,000 sebulan dan pendapatan pasif dari dividen Koperasi RM5,000 sebulan kepada 1 Juta ahli dalam tempoh 10 tahun.
Kami juga akan berupaya menyediakan ruang dan peluang dalam melahirkan 100 Ribu usahawan berjaya dalam ekosistem kita sendiri tanpa perlu bergantung harap kepada orang lain.
Semua ini pasti akan berjaya jika semua SAUDARA kita seperti TUAN yang budiman bersatu dengan kami.
Kita ketepikan perbezaan yang ada dan fokus kepada CINTA persaudaraan yang diikat oleh agama kita.
Justeru itu, dengan penuh hormat, saya menjemput SAUDARA untuk berhijrah ke Raudhah City untuk menyatu dan bersama sebagaimana sahabat-sahabat Nabi menyatu dalam peristiwa Hijrah. Apabila kita solat bersama setiap hari sebagaimana para sahabat, pastinya kekuatan cinta sesama saudara akan menjadi kekuatan yang luar biasa.
🎯 Bagaimana untuk bersama dalam perjuangan ini?
*Daftarlah sebagai ahli KoPPIM (Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia) secara ‘online’ di www.koppim.com.my. *
Ajak lah semua rakan-rakan untuk bersama dalam perjuangan membina Ekosistem Ekonomi Islam yang baru bagi mengembalikan kekuatan ekonomi ummat Islam di negara tercinta ini.
🎯 Saya bersedia bertemu SAUDARA untuk sebarang penerangan lanjut.
Yang menyintai SAUDARA demi Allah!
Coach Fadzil Hamba Allah Pendekar Ekonomi dan Pendidikan Islam 0193303849 www.facebook.com/fadzilhashim Instagram : coachfadzil
Comments