Year-End End Townhall bersama Campus CEO
- Coach Fadzil
- Nov 26, 2025
- 1 min read
Seluruh kampus CEO Brainy Bunch berkumpul dalam sesi “Year End Townhall” satu pertemuan yang bukan sekadar untuk mendengar amanat, tetapi untuk reset, recharge, dan menyatukan kembali semangat perjuangan kita.
Coach Fadzil berdiri di hadapan dewan dengan mesej yang ringkas tetapi sangat mendalam:

“Kalau kita mahu anak-anak berjaya di dua dunia, kita sendiri perlu menjadi contoh manusia yang paling kuat, paling jujur dan paling ikhlas.”
Dewan seketika senyap.
Ada yang mengangguk, ada yang menulis, dan ada yang benar-benar terasa di hati.
Kerana hakikatnya…
Kampus CEO bukan hanya pentadbir, bukan sekadar memantau operasi, dan bukan semata-mata memastikan KPI tercapai.
Kampus CEO ialah nadi kepada kampus, pemegang amanah, dan pemimpin yang membentuk masa depan ummah melalui setiap keputusan yang mereka buat.
Ayat ini menggambarkan realiti sebenar kepimpinan di Brainy Bunch bahawa setiap tindakan, setiap keputusan, dan setiap pilihan yang dibuat di kampus memberi kesan langsung kepada pembentukan karakter anak-anak yang sedang kita bina.
Dengan nada tegas tetapi penuh kasih, Coach Fadzil mengingatkan lagi hasil luar biasa hanya datang daripada usaha luar biasa.
Terima kasih kepada semua kampus CEO yang hadir dengan komitmen dan kesungguhan yang tidak pernah luntur.
Terima kasih kerana terus membina insan, memimpin dengan hati, dan menjaga amanah besar ini setiap hari.









Comments