top of page

Brainy Bunch: Membesarkan Anak dengan Iman, Ilmu dan Keyakinan

ree

Masa mula-mula Brainy Bunch ditubuhkan, ramai ibu bapa yang menghantar anak ke sini bukan semata-mata kerana mahu mencari tadika. Mereka datang kerana tersentuh dengan cerita di sebalik Brainy Bunch. Sebenarnya, Brainy Bunch lahir daripada kerisauan ibu bapa, risau jika anak-anak membesar tanpa rasa menjadi Muslim yang sebenar. Ada yang mengaku mereka sendiri mungkin tidak dibesarkan dalam suasana Islam yang kuat. Namun, apabila memiliki anak, hati mereka berubah. Mereka mahu sesuatu yang lebih baik, mereka mahu anak-anak membesar dengan lebih beriman dan berjaya, bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.


Itulah ruh Brainy Bunch. Di sini, anak-anak bukan sekadar mendapat pendidikan awal, tetapi juga membesar dalam sebuah komuniti. Komuniti yang sama-sama membantu anak dan keluarga untuk menjadi lebih baik. Brainy Bunch bukan sekadar soal marketing atau jenama hebat, sebaliknya ia adalah sebuah amanah. Ia adalah tanggungjawab untuk membimbing anak-anak agar mereka menjadi insan yang lebih baik daripada kita dahulu.


Bayangkan, ada anak berumur 2–3 tahun sudah berani berdiri di atas pentas. Ada yang yakin, ada yang menangis, tetapi tetap berani mencuba. Ramai antara kita ketika umur sebegitu mungkin belum kenal pun Surah An-Nas. Tetapi di Brainy Bunch, anak-anak berumur 4 tahun sudah menghafal surah, malah ada yang pada usia 6 tahun sudah mampu menghafal hadith. Bezanya adalah peluang. Brainy Bunch mahu memberi anak-anak peluang untuk mencuba lebih awal, peluang untuk bersinar lebih awal, dan peluang untuk menjadi Muslim yang lebih yakin serta beriman.


Dalam dunia pendidikan hari ini yang penuh persaingan, Brainy Bunch mencipta kelainan dengan menggabungkan nilai Islam dengan kaedah antarabangsa Montessori. Diasaskan oleh Coach Fadzil Hashim, Brainy Bunch membawa misi untuk melahirkan anak-anak yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga kukuh rohani serta yakin dengan diri sendiri. Kaedah Montessori menekankan kebebasan belajar, penemuan sendiri, dan pembelajaran mengikut kadar anak. Di Brainy Bunch, semua itu digabungkan dengan pendidikan Islam secara praktikal, anak-anak dibiasakan dengan solat berjemaah, doa harian, hafazan surah, dan hadith, di samping mata pelajaran akademik seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Melayu.


Satu lagi perkara yang menjadikan Brainy Bunch istimewa ialah suasana kekeluargaan yang diwujudkan. Guru-guru tidak dipanggil “Cikgu” tetapi dipanggil Uncle dan Aunty. Gelaran ini nampak kecil, tetapi ia mencipta hubungan yang mesra, penuh hormat, dan kasih sayang. Anak-anak berasa selesa seolah-olah berada di rumah kedua.


Hari ini, Brainy Bunch berkembang pesat dengan lebih 120 kampus di Malaysia serta cawangan antarabangsa di Singapura, Indonesia, dan beberapa negara lain. Ia menawarkan pendidikan bermula dari playschool seawal umur 2 tahun, sehinggalah ke peringkat sekolah menengah dengan kurikulum Cambridge IGCSE.


Hasilnya dapat dilihat melalui pelajar-pelajarnya. Anak-anak Brainy Bunch bukan sahaja cemerlang akademik, malah lebih yakin bercakap, menjaga adab, serta membesar sebagai Muslim yang kuat pegangan. Seorang ibu yang turut meninggalkan komen di ruang review pernah berkongsi: “Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan perkembangan anak-anak. Sekolah ini bukan sahaja fokus pada akademik, tetapi juga nilai agama, doa harian, dan hafazan surah. Aunties di sini pun sangat mesra dan penyayang.”


Inilah sebab Brainy Bunch diwujudkan, kerana di sini kami percaya setiap anak berhak mendapat peluang untuk bersinar, membesar sebagai Muslim yang beriman, berilmu, dan memberi manfaat kepada dunia.

 
 
 

Comments


© Coach Fadzil

bottom of page