top of page

Ini mungkin buat sesetengah orang terasa… tapi memang ramai antara kita tersilap bila mendidik anak lelaki.

ree

Dulu saya sendiri ingat anak lelaki kena diajar dengan suara keras.

Kena bagi arahan laju-laju.

Kena tegas sampai muka pun tegang.


Kononnya itu cara nak bentuk lelaki yang kuat.

Tapi lama-lama saya perasan sesuatu yang sangat tak kena.

Lagi saya tekan, lagi dia melawan.


Lagi saya tinggikan suara, lagi dia buat tak tahu.

Bukan sebab degil… tapi sebab jiwa lelaki memang tak tahan bila “diperintah” tanpa dihormati.


Lelaki lahir dengan fitrah ingin memimpin.

Dalam diri mereka ada rasa mahu tunjuk arah, bukan sekadar ikut.

Tapi bila kecil-kecil fitrah tu dihentak dengan jeritan, ugutan atau sindiran, mereka akan berubah jadi dua benda:

Sama ada terlalu agresif.


Atau terlalu pasif sampai hilang suara sendiri.

Sebab itu ramai anak lelaki nampak keras di luar… padahal dalam hati penuh rasa tak berguna, tak yakin, tak layak.


Dan masa tu saya sedar, kesalahan tu bukan pada anak.

Tapi pada cara saya mendidik.


Saya mula hentikan beberapa perkara yang dulu saya anggap “normal”.


Saya berhenti meninggikan suara.

Saya berhenti kawal setiap langkah dia.

Saya berhenti kecilkan dia bila dia tersilap.

Sebab saya tak nak anak yang patuh kerana takut.

Saya nak anak yang taat kerana faham.


Saya nak dia hormat saya kerana saya hormat dia dulu.

Anak lelaki akan dengar cakap bila dia rasa dirinya dihargai, bukan diperintah.


Dia akan ikut bila dia rasa suaranya didengar.

Dia akan lembut bila kita lembut.

Dan dia akan kuat bila kita percaya dia mampu berdiri sendiri.


Jadi kalau kita asyik tekan, kritik, jerit dan arah… jangan pelik kalau suatu hari nanti dia tutup telinga dan tutup hati.

Saya belajar satu hal besar sebagai ibu kepada anak lelaki:


Bila kita berhenti mengawal, barulah kita nampak fitrah sebenar mereka .

mereka memang dilahirkan untuk memimpin dirinya sendiri.


Dan tugas kitalah membimbing, bukan menundukkan.

Brainy Bunch


 
 
 

Comments


© Coach Fadzil

bottom of page