top of page

Mak Ayah jangan rosakkan otak anak!

Tahukah anda? Otak anak membesar paling cepat dari umur lahir sampai lah umur 3 tahun.

Bila lahir, saiz otak anak hanya 25% berbanding otak orang dewasa. Bila umur cukup 3 tahun otak dia dah berkembang sampai 80% saiz.

Dalam tempoh ini, otak mereka membentuk lebih 1 juta sambungan neuron setiap saat.


Tapi… Ramai tak sedar bahawa:


Cara parenting yang salah pada usia ini boleh merosakkan perkembangan otak anak.


Contoh parenting yang salah:


Asyik marah dan menengking

Biarkan anak menangis tanpa respons

Guna telefon/tablet sebagai ‘penenang’

Jarang bercakap, membaca atau bermain dengan anak


Apa kesannya?


Pertuturan lambat, susah faham arahan

Emosi tak stabil – mudah marah, takut, cemas

Keyakinan diri yang lemah

Susah belajar dan bersosial bila besar

Otak terbina dalam keadaan stres kronik


Tapi ada berita baik!


Otak anak sangat responsif kepada kasih sayang dan perhatian mak ayah!


Peluk dan cakap dengan anak setiap hari

Jawab tangisan dengan lembut

Bagi ruang untuk anak main dan teroka

Bacakan buku, nyanyikan lagu

Elak skrin (terutama bawah umur 2 tahun)

Didik dengan tegas tapi penuh kasih


Setiap sentuhan, senyuman dan perhatian ibu bapa sedang membentuk otak dan masa depan anak.


Ibu bapa adalah guru pertama dan paling penting dalam hidup anak.

Kalau ibu bapa takda masa, hantarlah ke sekolah yang betul dan memahami kepentingan perkembangan otak anak anda.


Mulakan dengan tindakan yang betul.

Masa depan anak bergantung pada kita hari ini.


 
 
 

Comments


© Coach Fadzil

bottom of page