“MasyaAllah, Their Aunty…”
- Coach Fadzil
- Nov 7
- 1 min read

Setiap kali bercerita tentang Ibrahim Khalil, ibu bapanya pasti tersenyum dan menyebut,
“MasyaAllah, their aunty memang terbaik.”
Dua tahun di Brainy Bunch, perubahan Ibrahim sangat ketara.
Dulu agak pemalu dan takut ke sekolah, tapi sekarang setiap pagi dia sendiri yang bersiap, tak sabar nak jumpa aunty dan kawan-kawan.
Bagi mereka, perubahan itu bukan sekadar akademik tapi perubahan hati.
Ibrahim kini lebih berani bercakap, pandai beradab, dan seronok belajar doa serta zikir.
Sebagai ibu bapa, mereka sangat bersyukur kerana anak dijaga dengan penuh kasih, sabar dan perhatian.
“Kami tak boleh nak ucap dengan kata-kata. Cuma satu yang terlintas setiap kali tengok cara aunty layan anak kami, MasyaAllah… their aunty so loving.”



Comments