Orang selalu cakap “anak aku, suka hati akulah nak bagi apa.”
- Coach Fadzil
- 7 days ago
- 2 min read

Tapi bila kita bagi sesuatu yang MEMENDEKKAN hayat anak… itu masih dipanggil sayang ke?
Tadi saya duduk makan, anak saya bisik, “Daddy, mama tu bagi baby dia Coca-Cola.”
Saya pandang.
Betul.
Budak baru 2 tahun lebih, syok sedut cola dari straw.
Saya terdiam. Bukan marah, tapi pelik. Kenapa minuman untuk orang dewasa disumbat ke tubuh sekecil itu?
Saya tak salahkan ibunya.
Ramai tak tahu.
Kita hidup dalam zaman yang makanan sedap, tapi bahaya.
Minuman bergula pun dianggap normal.
Tapi normal tak sama dengan selamat.
Masalahnya, bila tak tahu, anak jadi mangsa.
Badan mereka kecil.
Organ mereka lembut.
Sistem imun mereka masih belajar.
Dan bila kita bagi:
• minuman tinggi gula
• makanan proses
• air gas setiap kali merajuk
• junk food sebagai “hadiah”
…kita sebenarnya tak bagi kasih sayang.
Kita bagi kemudaratan perlahan-lahan.
Saya bukan nak tunjuk pandai.
Saya pun masih belajar.
Tapi sebagai komuniti mak ayah, kita tak boleh lagi hidup dengan mentaliti “anak aku, lantak aku”.
Sebab anak-anak ni bakal hidup dalam negara yang sama.
Mereka bakal jadi generasi yang akan tentukan masa depan — dari segi kesihatan, intelek, mental malah ekonomi negara.
Kalau dari kecil kita dah biasa:
• gula jadi penenang
• makanan segera jadi penyelesaian
• minuman bergas jadi hiburan
…jangan terkejut kalau nanti besar mereka bergelut dengan masalah kesihatan, emosi, dan tumpuan.
Sayang anak itu bukan bagi apa yang dia suka.
Sayang anak itu bagi apa yang memanjangkan hidupnya.
Kita semua nak jadi ibu ayah yang baik.
Bukan sempurna, tetapi sedar.
Kalau kita asuh anak untuk cinta kesihatan, jaga tubuh, dan berfikir jauh ke depan itu hadiah paling mahal yang mereka tak akan dapat dari mana-mana kedai.
Kita tanam budaya pandang masa depan,
supaya nanti kita tak tua dengan penyesalan.
Brainy Bunch



Comments