Ramai ibu ayah marah bila anak kecil bising, sepahkan rumah, atau tumpahkan air.
- Syazwani AZAMI
- Sep 26
- 1 min read

Tapi sebenarnya siapa yang salah? Anak yang baru belajar kenal dunia, atau kita yang terlalu nak anak kecil berperangai macam orang dewasa?
Hakikatnya, anak 2-5 tahun memang akan riuh, aktif, banyak tanya, suka teroka. Itu cara mereka belajar. Nak anak duduk diam, tak sepah, tak bising, itu sama macam nak suruh matahari berhenti bersinar. Mustahil.
Apa yang selalu berlaku?
• Anak sepahkan rumah, kita marah.
• Anak buat bising, kita tengking.
• Anak tumpahkan air, kita hukum.
Padahal semua itu hanyalah sebahagian daripada proses membesar.
Kalau kita faham, kita akan sedar:
• Anak sepahkan mainan hari ini, itu latihan kreativiti dan keyakinan untuk esok.
• Anak riuh dan aktif, itu tanda mereka sihat dan berani mencuba.
• Anak tumpahkan air, itu cara mereka belajar kawal tangan dan mata.
Kesilapan kita bila lebih utamakan rumah kemas daripada perkembangan anak. Kita sangka anak degil, padahal mereka hanya berperangai ikut usia.
Cuba ubah cara pandang:
• Biarkan mereka sepah sedikit, asal mereka belajar sesuatu.
• Biarkan mereka teroka dunia, asal mereka rasa yakin.
• Biarkan mereka bising, asal mereka gembira dan bebas.
Anak kecil hanya sekali dalam hidup. Kalau masa ini pun kita sekat dengan marah dan jerit, jangan hairan bila mereka membesar jadi takut, ragu-ragu, dan kurang yakin pada diri sendiri.
Jangan sampai kerana nak rumah sentiasa kemas, kita hilang peluang lahirkan anak yang berani, kreatif, dan penuh keyakinan.
Brainy Bunch



Comments