Ramai ibu bapa terkejut bila anak tiba-tiba mula memberontak.
- Coach Fadzil
- Aug 12
- 1 min read

Hakikatnya, perangai itu jarang muncul tanpa sebab.
Lebih mengejutkan, banyak kali puncanya datang daripada cara kita sendiri mendidik tanpa sedar.
Anak tak lahir dengan sifat memberontak.
Mereka belajar dari rumah. Dari cara kita bercakap, marah, dan mendidik setiap hari.
Dan bila perangai itu muncul, sebenarnya itu jeritan hati mereka yang penat.
Antara punca anak mula belajar memberontak:
* Kita selalu marah tanpa mendengar penjelasan mereka dulu
* Terlalu banyak larangan, tapi terlalu sedikit penerangan
* Asyik bandingkan mereka dengan adik-beradik atau anak orang lain
* Jarang beri mereka peluang buat keputusan sendiri walau untuk hal kecil
* Tak pernah puji usaha mereka, tapi cepat tegur kesilapan
* Emosi kita sendiri tak stabil, tapi kita lepaskan pada anak
* Rumah jadi tempat tekanan, bukan tempat tenang
* Kita sibuk dengan dunia sendiri, sedangkan anak haus perhatian dan eye contact
* Bila mereka luah rasa, kita balas dengan sindiran atau jeritan
* Mereka rasa tak ada ruang untuk didengar dan difahami
Lama-lama, anak yang sentiasa ditekan akan mula:
* Menjerit balik
* Melawan arahan
* Sengaja buat salah untuk tarik perhatian
* Menutup hati dan menjauhkan diri daripada ibu bapa
Kita selalu salah faham, kononnya anak memberontak sebab degil.
Padahal hati mereka cuma penuh luka dan tak jumpa cara lain untuk bersuara.
Kalau kita tak mahu anak kita belajar memberontak, ubah cara kita hari ini.
Lebih banyak peluk daripada jerit.
Lebih banyak dengar daripada menghukum.
Beri ruang anak rasa dihargai, barulah jiwa mereka kuat dan patuh dengan rela.



Comments