Sehari di Brainy Bunch: Macam Mana Rutin Pagi Anak-Anak Bermula?
- Coach Fadzil
- Jul 9
- 2 min read

Di Brainy Bunch, pagi anak-anak bermula dengan disiplin, adab dan suasana yang penuh kasih.
Setibanya di BB Campus, anak-anak akan buka kasut sendiri, letak beg di tempat yang betul, dan terus berkumpul untuk perhimpunan pagi. Inilah waktu permulaan hari yang sangat bermakna. Ia bukan sekadar menunggu masa masuk kelas, tapi sesi bina semangat dan jati diri.
Dalam perhimpunan pagi, anak-anak akan membaca I Am Statement, iaitu ayat-ayat keyakinan diri yang menanamkan fikiran positif. Seterusnya, mereka membaca zikir dan selawat bersama-sama, menenangkan hati dan menanam kecintaan kepada Nabi SAW sejak kecil.
Selepas itu, mereka mengambil wuduk dan menunaikan solat Dhuha berjemaah bersama fasilitator. Anak-anak dibimbing untuk berdiri dengan tertib, mengikuti imam dan menghayati setiap pergerakan solat.
Selesai solat, anak-anak akan ke kelas untuk sesi sarapan pagi. Makanan disediakan oleh pihak sekolah, sihat, bersih dan seimbang. Waktu makan ini juga dijadikan masa latihan adab. Anak-anak baca doa, duduk tertib, makan sendiri dan hormat kawan-kawan di sekeliling.
Beginilah pagi di Brainy Bunch, sebuah Islamic preschool yang bukan hanya mulakan hari dengan pelajaran, tetapi dengan zikir, doa, solat dan adab. Anak bukan sekadar bersedia untuk belajar, tapi juga bersedia untuk menjadi insan yang lebih baik setiap hari.
Dengan Lock Fees, ibu ayah boleh daftar lebih awal dengan hargai yuran semasa, sebelum kenaikan tahun depan.
Tak perlu risau kenaikan kos dan harga. Tak perlu tunggu saat akhir.
------------------------
Coach Fadzil
Founder of
Brainy Bunch International Islamic Montessori
Malaysia | Indonesia | Singapore | GAZA | Brunei | Turkiye | Bangladesh
"Brainy Bunch is created to work with parents to Teach, Coach & Help children be the best versions of themselves to achieve success in dunya & akhirah using the BB Islamic Montessori SPICE Education & BB Alumni Development Program"
JOIN US Today!



Comments