top of page

Siapa yang patut dipersalahkan bila anak takut nak cuba benda baru?


ree

Anak… atau sebenarnya kita sendiri?


Ramai ibu ayah marah bila anak jadi terlalu takut, terlalu bergantung. Tapi kalau kita fikir balik, bukankah sejak kecil lagi kitalah yang sering menyekat mereka?


Anak lahir memang dengan fitrah nak mencuba. Panjat, lari, terjatuh, bangun semula. Itu normal. Tapi kita datang dengan penuh rasa takut. Kita jerit setiap kali nampak mereka bergerak. Kita bayangkan kecederaan paling teruk.


"Jangan lari, nanti jatuh!"

"Nanti luka!"

"Bahaya tu!"


Akhirnya anak belajar, mencuba itu sesuatu yang menakutkan.


Lebih teruk, ada ibu ayah sanggup kurung anak dalam rumah. Atau bagi telefon, tablet, TV semata-mata nak pastikan mereka duduk diam. Senang untuk kita, tapi mahal harganya pada mereka.


Kemudian bila anak dah besar sikit, umur 5 tahun, kita mula risau pula. Kita nak mereka berani. Kita paksa pula, "Pergi cuba! Berdiri depan! Buat sendiri!"


Ironinya, sejak awal kita yang rampas peluang mereka.


Anak jadi ketuk baru jalan. Semua benda kena suruh. Semua benda kena ingatkan. Semua benda nak disuap. Kita yang penat, mereka pun hilang keyakinan.


Apa sebenarnya yang patut kita buat?


• Berhenti bayangkan yang paling buruk setiap kali anak cuba sesuatu.

• Doakan yang baik-baik, fikirkan hasil positif.

• Benarkan anak bermain, panjat, jatuh kecil, bangun lagi.

• Tugas kita bukan menghalang, tapi membimbing bila perlu.


Anak takkan jadi berani hanya kerana kita suruh. Mereka jadi berani bila diberi ruang untuk cuba, salah, jatuh, bangun semula.


Kalau kita betul-betul nak anak yang yakin dan berani, mulakan dengan diri kita dulu. Kurangkan anxiety kita, barulah mereka bebas jadi diri sendiri.


Brainy Bunch


 
 
 

Comments


© Coach Fadzil

bottom of page