Anak umur 0 hingga 3 tahun patut ke buat kerja rumah? Nampak kejam?
- Coach Fadzil
- Aug 6
- 1 min read

Tapi hakikatnya… bila kita tak beri peluang, kita yang sebenarnya halang dia dari jadi bijak.
Anak kecil ni bukan tak tahu apa. Dia cuma perlukan ruang untuk cuba, untuk silap, untuk belajar dari awal.
Ini 5 peluang penting yang ramai mak ayah terlepas pandang.
1. Bagi anak makan sendiri walaupun bersepah
Biar tangan dia pegang sudu. walaupun tertumpah, itu pengalaman berharga untuk kawal motor halus dan koordinasi mata tangan. Tak perlu tunggu dia pandai baru bagi cuba. bagi dulu, nanti dia akan pandai.
2. Biar anak pakai dan buka baju sendiri
Proses ni penting untuk ajar anak berdikari dan faham urutan tindakan. Mula-mula mungkin lambat, tapi makin hari dia akan jadi lebih cekap.
3. Ajar anak buang sampah ke tempatnya
Nampak remeh, tapi tabiat ni akan jadi asas kepada tanggungjawab dan kebersihan. Bila dia biasa buang sampah sendiri, dia belajar jaga persekitaran.
4. Libatkan anak semasa kemas rumah
Bagi dia kain lap, suruh dia lap meja, angkat bantal atau simpan mainan. Bbukan sekadar bantu ibu, tapi ini latihan penting untuk ajar disiplin dan kerja berpasukan.
5. Ajar anak ambil dan simpan barang sendiri
Nak main? ambil sendiri. dah habis? simpan balik. Ini asas kepada organisasi diri dan rasa tanggungjawab terhadap barang sendiri.
Anak yang biasa buat kerja rumah dari kecil akan lebih berdikari, lebih cepat faham arahan dan lebih yakin dengan diri sendiri.
Yang jadi manja sangat, suka suruh orang lain buat semua… Itu hasil dari “kita” yang selalu buatkan semuanya dulu.
Anak bukan tak boleh. Dia cuma tak pernah diberi peluang.
Mula hari ni. Walaupun anak baru setahun, bagi dia cuba.
Kerana dari situlah bermulanya anak yang cekap urus hidup sendiri.



Comments